Penjelasan Perdana Menteri Ismail Sabri Tentang Pelantikan Muhyiddin
Pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) adalah satu keputusan yang tepat daripada Ismail Sabri bagi memastikan semua strategi untuk mengakhiri pandemik COVID-19 dapat dilaksanakan sepenuhnya.
–> Sila baca Senarai Semua Bantuan Yang Anda Layak ~ cara semakan bantuan 2021
Intipati kenyataan Perdana Menteri Ismail Sabri
- Muhyiddin sudah memegang jawatan berkenaan sejak MPN diwujudkan, maka kerajaan memberi kepercayaan kepada Tan Sri Dato’ Muhyiddin Yassin untuk terus menggalas tanggungjawab terbabit.
- “Dari segi MPN yang dipengerusikan Ahli Parlimen Pagoh, memang beliau sudah menjadi pengerusi sejak mula MPN diwujudkan. Jadi, sebab itu kita beri kepercayaan kepada beliau untuk teruskan tugas,” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.
- Terdahulu, beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (PH – Kulim Bandar Baharu), yang mahu mengetahui rasional Muhyiddin diberi tanggungjawab mengetuai MPN.
- Muhyiddin juga menerima pelantikannya sebagai Pengerusi MPN bertaraf menteri memaklumkan sedia menjalankan tugas secara sukarela tanpa sebarang imbuhan.
Seiring dengan pembentukan Jemaah Menteri yang baharu, Muhyiddin akan memantau pelan ini secara berfasa bagi memandu Malaysia melalui peralihan daripada pengurusan krisis kepada normalisasi tanggungjawab merangkumi semua sektor sosial ke arah pemulihan ekonomi sepenuhnya
Maklumat Lanjut
Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web kerajaan yang sahih di sini.
Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan bantuan di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang bantuan kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan yang boleh didapati di Portal Manfaat.
Layari MyInfoKerja bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.
–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih