Perdana Menteri: Penjawat Awam Bakal Terima Berita Gembira 30 Ogos Ini
Perdana Menteri: Penjawat Awam Bakal Terima Berita Gembira 30 Ogos Ini. Berita baik khas buat penjawat awam, Perdana Menteri bakal mengumumkan berita gembira pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam yang dijadualkan pada 30 Ogos nanti. Menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ianya adalah antara penghargaan Kerajaan Keluarga Malaysia terhadap pengorbanan kalangan .
Baca juga: Berita Baik Buat Pencarum KWSP Dalam Masa Terdekat
Baca Juga: Pengambilan jawatan kosong Pentadbiran terkini di Universiti Malaya
Kerajaan Keluarga Malaysia sentiasa menghargai pengorbanan para penjawat awam di bawah pimpinan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali. Pengumuman yang bakal diumumkan diharapkan akan menceriakan para penjawat awam bagi mengubat duka lara. Menurut Ismail Sabri juga dalam perasmian Simposium Keluarga Malaysia: Pencapaian dan Harapan, di Putrajaya, pada Ahad, kini, negara sering dilanda musibah bencana alam banjir besar yang tidak dijangka dan ancaman keselamatan termasuk di perbatasan negara.
Di saat negara sedang mengalami kesusahan, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, Jabatan Kesihatan, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Agensi Pengurusan Bencana Negara dan pelbagai agensi kerajaan lain setia bertugas tanpa lengah dan penuh dedikasi. Oleh itu, Perdana Menteri bakal umumkan berita gembira kelak pada 30 Ogos nanti, khas untuk menzahirkan penghargaan buat para aktivis masyarakat yang cekal berkhidmat kepada negara, khususnya melalui pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan.
Perhatian – Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.
Sumber: Portalharian