Pengeluaran wang KWSP yang boleh dibuat dari Akaun 2

Pengeluaran wang KWSP yang boleh dibuat dari Akaun 2

Pengeluaran wang KWSP yang boleh dibuat dari Akaun 2. Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Pusat atau Negeri. Malah, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga telah membenarkan pelbagai jenis perkara yang memboleh para ahlinya membuat pengeluaran wang dari Akaun 2 masing-masing. Berikut adalah senarainya: –

pengeluaran wang KWSP

Baca Sini: Berita Baik Buat Pencarum KWSP Dalam Masa Terdekat

Baca Juga: Perdana Menteri: Penjawat Awam Bakal Terima Berita Gembira 30 Ogos Ini

Pembayaran Yuran & Pinjaman Pendidikan

Ahli KWSP boleh membuat pengeluaran wang dari Akaun 2 bagi membayar yuran atau pinjaman pendidikan mereka. Pengeluaran juga boleh dibuat bagi tujuan pembayaran yuran hostel/penginapan dan penerbangan sehala untuk pelajar tahun pertama yang belajar di luar kawasan/luar negara.

Pembelian Rumah

Bagi mereka yang ingin membeli rumah, pengeluaran wang KWSP ahli boleh membuat pengeluaran dari Akaun 2 sama ada pembelian dari pemaju, individu atau lelong. Rumah kediaman itu merangkumi jenis banglo / teres / berkembar / apartmen / kondominium / apartmen studio / apartmen servis / townhouse / SOHO atau rumah kedai dengan unit kediaman di Malaysia.

Pembayaran Bulanan Pinjaman Rumah

Bagi tujuan ini, pengeluaran wang KWSP ahli boleh membuat pengeluaran bagi mengurangkan ansuran bulanan untuk tempoh ansuran bulanan tidak boleh melebihi umur 55 tahun. Amaun pengeluaran daripada Akaun 2 itu akan diasingkan ke akaun khas bagi bayaran ansuran bulanan dan akan dibayar dividen yang dikreditkan ke Akaun 2 sebaik sahaja dividen diisytiharkan pada tahun berikutnya.

Membina Rumah

Untuk mereka yang ingin membina rumah, mereka boleh membuat pengeluaran dari Akaun 2 KWSP. Antara syarat utamanya adalah ahli merupakan warganegara Malaysia, berumur bawah 55 tahun, mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2 dan tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan/telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjualnya/melupuskan pemilikan.

Mengerjakan Haji

Pihak KWSP turut membenarkan Pengeluaran wang KWSP dari akaun 2 bagi tujuan menunaikan haji untuk ahlinya yang beragama Islam. Syaratnya adalah perbezaan jumlah kos haji dengan baki simpanan akaun Lembaga Tabung Haji ahli tertakluk kepada amaun maksimum RM3,000 atau baki Akaun 2 (mengikut mana yang lebih rendah).

Pengeluaran untuk perubatan

Ahli KWSP yang menghadapi masalah kesihatan boleh membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi membiayai kos perubatan penyakit kritikal atau peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan. Ia juga boleh dikeluarkan untuk tujuan rawatan kesuburan bagi asangan (suami/isteri) yang sah berkahwin dari segi undang-undang. Untuk permohonan pengeluaran-pengeluaran ini, ia boleh dikemukakan secara atas talian (online) di sistem i-Akaun KWSP. Bagaimanapun, pemohon masih perlu perlu hadir ke kaunter untuk pengecaman cap ibu jari. Bagi senarai lengkap berkenaan pengeluaran-pengeluaran KWSP dari Akaun 2 boleh dirujuk di Portal Rasmi KWSP – DI SINI.

Perhatian – Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.

pengeluaran wang KWSP

Sumber: https://berikerja.com.my/

Leave a Comment