Pengeluaran Wang KWSP Sebahagian Tahun 2023

Pengeluaran Wang KWSP Sebahagian Tahun 2023

Pengeluaran Wang KWSP Sebahagian Tahun 2023 – Tahukah ada, terdapat banyak jenis pengeluaran yang boleh anda lakukan selagi mana mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP.

Sebenarnya anda dibenarkan untuk melakukan pengeluaran sebahagian wang KWSP melalui i-Akaun, untuk tujuan peribadi anda sendiri dan tujuan untuk membina atau ubah suai rumah, untuk peribadi, pendidikan dan lain-lain.

Kategori Pengeluaran Wang KWSP Yang Dibenarkan
Terdapat dua kategori pengeluaran wang KWSP yang dibenarkan iaitu :

Pengeluaran Wang KWSP  Sebahagian Tahun 2023

-Pengeluaran sebahagian wang KWSP
-Pengeluaran penuh KWSP

Kriteria Pengeluaran Sebahagian Wang KWSP
Berikut adalah kriteria pengeluaran sebahagian wang KWSP:

1) Pemohon berumur 50 tahun.

-Warganegara dan Bukan Warganegara.
-Berumur di antara 50 hingga sebelum mencapai umur 55 tahun.
-Memiliki simpanan Wang KWSP

2) Tujuan untuk membina rumah

-Warganegara dan Bukan Warganegara.
-Berumur bawah 50 tahun.
-Ahli mestilah Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2.
-Ahli/pasangan ahli akan membeli tanah serta membina sebuah rumah di atas tanah tersebut.
-Pinjaman mestilah diluluskan oleh pemberi pinjaman yang dibenarkan ATAU pembiayaan sendiri ahli.
-Ahli tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan / Telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjual atau melupuskan pemilikan. Surat Perjanjian Membina Rumah hendaklah tidak melebihi tiga (3) tahun dari tarikh permohonan.

3) Perumahan fleksibel

-Warganegara dan Penduduk Tetap (PR).
-Berumur bawah 54 tahun. Membeli ATAU Membina rumah kediaman.
-Ahli mempunyai pinjaman perumahan dengan institusi kewangan yang diiktiraf oleh KWSP.

4) Kesihatan

-Warganegara dan Bukan Warganegara.
-Berumur 55 tahun ke bawah.
-Mempunyai simpanan dalam Akaun 2.
-Kos perubatan tidak dibiayai sepenuhnya oleh majikan (Keperluan tambahan).
-Penyakit ATAU Peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh KWSP.
-Pemohon tidak menerima rawatan alternatif.

 

5) Pendidikan

-Warganegara dan Bukan Warganegara.
-Berumur 55 tahun ke bawah.
-Mempunyai simpanan dalam Akaun 2.
-Ahli masih menyambung ATAU telah menamatkan pengajian di peringkat diploma atau setaraf.
-Ahli sedang belajar di institusi domestik (program sepenuh masa, separuh masa, jarak jauh dan francais) ATAU institusi luar negara (program sepenuh masa).
-Ahli ATAU Anak ahli yang berhenti ATAU gagal ATAU tidak tamat ATAU menarik diri daripada pengajian dibenarkan (ini adalah untuk menjelaskan semua tunggakan kepada Institusi
-Pengajian Tinggi (IPT) dalam tempoh 3 tahun selepas tamat pengajian; dan menjelaskan baki pinjaman pendidikan dengan Institusi Pemberi Pinjaman (IPP).

 

Pengeluaran Wang KWSP

Join Telegram: https://t.me/portalsemakanmalaysia

Baca Juga” Bantuan STR Fasa 2 Tarikh Pembayaran Terkini 2023

Kategori Yang Dibenarkan Membuat Pengeluaran Wang KWSP

 

Cara Mohon Pengeluaran KWSP Online

Berikut dikongsikan cara untuk membuat pengeluaran KWSP:

-Log masuk ke i-akaun KWSP
-Klik menu ‘Pengeluaran’
-Kemudian klik ‘Permohonan Baru’

-Kemudian pilih Jenis Pengeluaran, sila pilih tujuan pengeluaran anda (membina / membeli rumah atau sebagainya)

-Seterusnya Nama Institusi, sila pilih nama bank tempat anda membeli rumah / yang berkaitan

-Klik Seterusnya dan ikut langkah sehingga selesai permohonan pengeluaran

-Dalam masa beberapa hari, anda akan menerima SMS yang menyatakan anda perlu ke KWSP untuk urusan pengesahan cap jari

Dan siap!. Anda hanya perlu tunggu pengesahan. Bila sudah disahkan, wang pengeluaran yang anda mohon akan dimasukkan terus ke akaun bank anda.

Leave a Comment