Pengeluaran KWSP Yang Dibenarkan

Pengeluaran KWSP Yang Dibenarkan

Pengeluaran KWSP Yang Dibenarkan – 4 Kategori Antara Yang Dibenarkan Untuk Pengeluaran Duit KWSP

Mungkin ada diantara kita masih mengharapkan Pengeluaran Khas KWSP dibuat sekali lagi, disebabkan kenaikan harga barang yang berlaku.

Mungkin ada yang setuju dan ada juga yang menolaknya. Walau bagaimanapun, ia terpulang kepada individu masing-masing.

Walaubagaimanapun, para pencarum masih berpeluang untuk membuat pengeluaran KWSP melalui akaun 2 untuk tujuan peribadi yang memang dibenarkan sejak dulu lagi.

Semak Sini: Cara Bayar Online Cukai Tanah 2022 dengan Mudah dan pantas!

Baca Juga: Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi dilantik secara rasmi sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM)

Berikut adalah jenis pengeluaran yang dibenarkan yang menggunakan wang simpanan akaun 2 KWSP.

1) Pengeluaran Untuk Pendidikan

Terbuka untuk yang ingin menyambung pengajian ke peringkat pengajian tinggi yang perlu membayar yuran untuk menikmati kemudahan universiti atau kolej.

KWSP akan memberikan pilih dan kemudahan pengeluaran untuk menampung pembayaran yuran anak anda.

SYARAT KELAYAKAN DAN MAKLUMAT LANJUT

2) Pengeluaran Untuk Pembelian Rumah

Selain itu, pihak KWSP turut memberikan kemudahan kepada ahlinya untuk memiliki rumah pertama sendiri sama ada melalui pembinaan rumah sendiri, rumah lelong, rumah subsale atau beli melalui rumah mesra rakyat yang disediakan oleh pihak kerajaan.

SYARAT KELAYAKAN DAN MAKLUMAT LANJUT

3) Pembayaran Rawatan Perubatan

Sekiranya anda menghadapi masalah kesihatan melibatkan 36 penyakit kritikal, anda boleh membuat pengeluaran menggunakan akaun 2 bagi menampung kos perubatan dan alat kesihatan.

SYARAT KELAYAKAN DAN MAKLUMAT LANJUT

4) Pembayaran Ibadah Haji

Untuk mengurangkan bebanan anda menunaikan haji, duit daripada akaun anda boleh dikeluarkan dengan membuat permohonan pengeluaran KWSP i-Akaun untuk perbelanjaan haji dan tujuan daftar haji dengan Lembaga Tabung Haji.

SYARAT KELAYAKAN DAN MAKLUMAT LANJUT

Pengeluaran KWSP

Leave a Comment