pengeluaran KWSP yang dibenarkan secara bersyarat
pengeluaran KWSP yang dibenarkan secara bersyarat. Pengeluaran KWSP Yang Dibenarkan Pada Tahun 2023 – Walaupun Pengeluaran KWSP secara bersasar belum diluluskan oleh pihak kerajaan setakat ini, berikut adalah pengeluaran KWSP yang dibenarkan secara bersyarat.
Pelbagai jenis Pengeluaran KWSP yang dibenarkan tetapi secara bersyarat. Pihak KWSP telah menyediakan beberapa skim pengeluaran untuk para pencarum tetapi mengikut kriteria yang diperlukan sahaja.
Antaranya, anda boleh mengeluarkan wang KWSP melalui Akaun 2 sahaja untuk tujuan-tujuan tertentu.
Semak sini:👉 Permohonan Hingga RM1000 Dibuka Bantuan Kecemasan RM300
PENGELUARAN AKAUN 2 UNTUK MEMBELI RUMAH
Sekiranya anda sedang bercadang untuk membeli sebuah rumah, pihak KWSP menyediakan sebuah kemudahan untuk anda memiliki rumah. Pengeluaran sah untuk pembelian rumah pertama sama ada melalui
-pembelian rumah lelong
-pembelian Rumah Mesra Rakyat (RMM)
-rumah subsale
-pembinaan rumah sendiri
PENGELUARAN UNTUK PEMBIAYAAN PENDIDIKAN
Selain daripada pengeluaran untuk pembelian rumah, pengeluaran turut dibenarkan untuk pembiayaan pendidikan contohnya yuran kolej.
Sekiranya anda mempunyai anak yang masih belajar di Universiti atau Kolej, anda boleh menampung pembayaran yuran mereka menggunakan simpanan Akaun 2 KWSP.
PEMBAYARAN IBADAH HAJI
Untuk pembayaran ibadah haji, KWSP turut sediakan kemudahan. Anda boleh mengeluaran wang simpanan Akaun 2 KWSP untuk mengurangkan bebanan kos.
Pengeluaran wang KWSP tersebut adalah melalui permohonan untuk perbelanjaan haji dan tujuan daftar haji dengan Lembaga Tabung Haji.
PEMBAYARAN RAWATAN PERUBATAN
Sekiranya anda hidapi antara 36 jenis penyakit kritikal, anda turut boleh mengeluaran wang Akaun 2 KWSP untuk menampung kos perubatan atau alat kesihatan.
Maklumat penuh : https://www.kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals/partial/health
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.