Pengeluaran KWSP Untuk Pembelian Rumah 2023 (Cara Mohon & Dokumen )
Tahukah anda bahawa Pengeluaran KWSP anda boleh mengeluarkan simpanan KWSP untuk tujuan membeli rumah
Harga rumah yang semakin meningkat dari tahun ke tahun menyebabkan ada pembeli yang tidak mampu membelinya.
KWSP membenarkan pengeluaran hanya dari akaun 2 untuk tujuan ini.
Bayaran akan dikeluarkan dan dibayar kepada pemohon dalam tempoh 15 hari selepas permohonan dibuat dan jika semua dokumen lengkap diserahkan
Permohonan anda boleh disemak dengan melihat transaksi dalam i-Akaun KWSP anda.
Syarat Pengeluaran KWSP Untuk Pembelian Rumah
Syarat-syarat berikut mesti dipenuhi untuk pengeluaran:
– Warganegara Malaysia
– Berumur 55 tahun ke bawah.
– Membeli rumah kediaman.
– Baki minimum RM500 dalam akaun 2.
– Tidak pernah sebelum ini mengeluarkan KWSP 2 untuk tujuan yang sama.
– Permohonan loan/ pinjaman telah diluluskan.
Untuk permohonan, anda perlu hadir ke pejabat KWSP berdekatan anda dan bawa bersama dokumen berikut.
Kad pengenalan
Surat perjanjian jual beli rumah.
Buku bank atau penyata akaun simpanan.
Maklumat lanjut secara terperinci dokumen yang diperlukan, boleh dilihat di sini https://www.kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals/partial/buy-home#subsale
Untuk pengecaman cap jari dan untuk memastikan permohonan dibuat oleh pemilik akaun sendiri.
adakah ia terpakai untuk pembelian rumah kedua?
ya. Walau bagaimanapun, dokumen yang berbeza diperlukan untuk rumah kedua.
bagaimana untuk menyemak status permohonan?
Anda boleh hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP (03-89226000)