Pengeluaran KWSP RM10000

Pengeluaran KWSP RM10000

PETALING JAYA: Pengeluaran KWSP RM10000- Pensyarah Kanan Jabatan Ekonomi dan Kewangan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka, Dr. Mohamad Idham Md.

Razak berkata, masih ramai rakyat berharap pengeluaran KWSP dibenarkan meskipun terdapat tentangan daripada segelintir pihak.

Kerajaan digesa membenarkan sekali lagi pengeluaran khas sebanyak RM10,000 pada Bajet 2023 yang akan dibentangkan Jumaat ini.

Rayuan itu turut diluahkan melalui media sosial milik Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Menurutnya, kerajaan perlu memikirkan bebanan yang ditanggung rakyat selepas kenaikan OPR sebanyak tiga kali berturut-turut dari 1.75 hingga ke 2.25 peratus disamping inflasi yang dihadapi sehingga membawa kepada kenaikan kos sara hidup.

“Untuk masa sekarang, mereka fikir itu alternatif untuk mereka tampung perbelanjaan.

“Memang sebenarnya mereka perlukan (pengeluaran one-off ) sebab itu duit mereka yang bekerja dan di dalam keadaan terdesak.

Baca Sini: Kadar Bayaran Bantuan Bajet 2023

Baca Juga: Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2022

Manfaat Kepada Rakyat

Jelasnya, kebanyakkan pencarum B40 tidak akan menerima manfaat berkenaan lantaran data menunjukkan majoriti pencarum terutamanya bangsa Melayu tidak mempunyai simpanan mencukupi di dalam KWSP mereka.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Putra Business School (PBS), Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul La­tiff berkata, pengeluaran one-off KWSP di dalam bajet 2023 dilihat hanya memberi manfaat besar kepada golongan T20 dan sebahagian M40.

“Selain itu, pemberian baucar elektronik (e-baucar) di bawah kaedah muqassah kepada semua isi rumah B40 juga mampu membantu rakyat.

“Kerajaan sewajarnya memberi tumpuan untuk menambah jumlah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dengan menjadikannya lebih berkala dan bukan secara one-off.

“Peniaga akan mengumpul e-baucar ini dan menebus dengan kerajaan melalui pengurangan pembayaran cukai korporat.

“Yang mana ia boleh ditukar dengan barangan keperluan asas setiap bulan.

“Seterusnya, kerajaan juga tidak perlu menambah hutang untuk memberi bantuan tunai kerana menggunakan konsep muqassah,” ujarnya.

“Kelebihan e-baucar berbanding bantuan tunai seperti sekarang ialah dapat memastikan bantuan tersebut tidak digunakan untuk maksud lain.

Isi Rumah & Rakyat Semakin Terbeban

“Sekarang inflasi meningkat dan kita lihat hutang isi rumah juga meningkat ekoran terbeban dari segi pinjaman akibat kenaikan OPR yang dikenakan pihak bank.

“Dengan pengeluaran khas ini, ia dapat menampung perbelanjaan isi rumah untuk jangka pendek.

“Di samping menggalakkan kitaran wang dalam negara kerana rakyat akan mula membeli apabila terdapat aliran tunai, seterusnya memberi kesan positif kepada pusingan kitaran ekonomi,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mengulas lanjut, Mohamad Idham berkata, kerajaan juga perlu mengambil inisiatif tambahan dengan mewujudkan kempen perbelanjaan berhemah menggunakan wang.

Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.

Cara Semak Baki Akaun 1

Berikut adalah merupakan cara untuk anda melakukan semakan baki akaun 1 KWSP milik anda:

1. Sila Log Masuk ke i-Akaun di laman https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login

2. Selepas login dengan kata laluan baru, anda boleh terus melakukan semakan pada penyata anda.

3. Untuk membuat semakan baki Akaun-1 KWSP, sila terus klik pada pautan ‘Penyata Tahun Semasa / Tahun Sebelumnya’

4. Baki simpanan Akaun-1 dan Akaun-2 KWSP anda akan dipaparkan.

5. Anda boleh cetak sekiranya dirasakan perlu.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA

Pengeluaran KWSP RM10000

Pengeluaran KWSP RM10000

Leave a Comment