KWSP: Pengeluaran KWSP Boleh Dilakukan Secara Online Menggunakan i-Akaun
KWSP: Pengeluaran KWSP Boleh Dilakukan Secara Online Menggunakan i-Akaun. Kini Belanjawan 2023, Malaysia Madani adalah berlandaskan enam perkara: kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.
Dengan itu, Tema Membangun Malaysia MADANI, Belanjawan 2023 akan memastikan langkah yang lebih mampan dan terangkum berpaksikan keadilan sosial di samping menggerakan usaha reformasi pentadbiran dan tatakelola baik.
Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, pihaknya sedia mempertimbangkan cadangan pengeluaran secara berkala atau bulanan bagi pencarum yang mencecah usia persaraan 55 tahun sebagai mandatori untuk ahli baharu. KWSP: Pengeluaran KWSP Boleh Dilakukan Secara Online Menggunakan i-Akaun
BACA JUGA:
Jawatan Kosong Kementerian Pendidikan Malaysia
Jawatan Kosong Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Terkini Di Persekutuan (JKPTG)
Menurut beliau, ketika ini, pengeluaran secara berkala atau bulanan itu dilakukan secara sukarela dan ia dilihat mampu memberikan peluang kepada ahlinya menguruskan wang persaraan dengan lebih baik.
Jelasnya, pengeluaran berkala atau secara bulanan itu juga memberi peluang kepada ahlinya terus menikmati dividen tahunan dengan baki simpanan yang ada.
Terdahulu, pada majlis tersebut Anwar turut melancarkan versi baharu Aplikasi i-Akaun KWSP, yang menggabungkan ciri-ciri inovatif dan interaktif untuk meningkatkan pengalaman pengguna.
Platform yang dinaik taraf ini menyediakan pelbagai fungsi bagi ahli melaksanakan transaksi berkaitan KWSP, termasuk kalkulator simpanan persaraan baharu bagi membantu ahli menilai kecukupan simpanan KWSP apabila bersara kelak.
Tujuan Pengeluaran KWSP
Berikut adalah pengeluaran yang dibenarkan oleh KWSP untuk kegunaan peribadi. Senarai dibawah adalah berdasarkan e-Pengeluaran KWSP :
1. Pengeluaran untuk membeli rumah
2. Pengeluaran untuk membina rumah
3. Pengeluaran untuk menyelesaikan baki pinjaman rumah
4. Rawatan perubatan
5. Pengeluaran untuk menyelesaikan PTPTN
6. Pengeluran untuk pendidikan
Cara Pengeluaran KWSP
Untuk membuat pengeluaran Akaun 2 KWSP bagi tujuan-tujuan di atas, anda boleh buat secara online melalui e-pengeluaran. Anda perlu Daftar i-Akaun terlebih dahulu untuk menggunakan e-pengeluaran.
Bila dah daftar i-Akaun, ikuti langkah berikut untuk buat e-pengeluaran:
1. Log masuk ke i-Akaun KWSP
2. Klik menu ‘Pengeluaran’
3. Kemudian klik ‘Permohonan Baru’
4. Pada bahagian Jenis Pengeluaran, sila pilih tujuan pengeluaran anda (Membina/membeli rumah atau sebagainya)
5. Pada Nama Institusi sila pilih nama bank tempat anda membeli rumah/ yang berkaitan.
6. Klik Seterusnya dan ikut langkah sehingga selesai permohonan pengeluaran
7. Dalam masa beberapa hari, anda akan menerima SMS yang menyatakan anda perlu ke KWSP untuk urusan pengesahan cap jari.
8. Keputusan pengeluaran akan mengambil masa 10 hari bekerja.
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan pengeluaran sebahagian KWSP, sila hubungi :
Telefon : 03-8922 6000
Faks : 03-8922 6222
Laman Web KWSP : https://www.kwsp.gov.my/ms/home
Masa Operasi KWSP : Isnin – Jumaat (8:00 Pagi – 5:00 Petang) kecuali pada Sabtu, Ahad, Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Hari Kelepasan Selangor
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free. KWSP: Pengeluaran KWSP Boleh Dilakukan Secara Online Menggunakan i-Akaun