Pengeluaran KWSP Bersyarat – Pengeluaran Sehingga RM50,000!

Pengeluaran KWSP Bersyarat – Pengeluaran Sehingga RM50,000!

Pengeluaran KWSP Bersyarat – Pengeluaran Sehingga RM50,000!

Susulan pengumuman Kementerian Kewangan baru-baru ini, KWSP telah melancarkan pengeluaran KWSP bersyarat yang baru dikenali sebagai Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) yang membolehkan pengeluaran KWSP ahli yang berusia 55 tahun ke bawah.

Melalui perkhidmatan ini, kemudahan yang bertujuan membantu ahli KWSP mendapatkan bantuan kewangan melalui pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.

Di bawah adalah maklumat lanjut tentang kemudahan ini.

Baca sini: KWSP Pengeluaran Khas Sempena AidilAdha

Pengeluaran KWSP Bersyarat

Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2)

Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) ialah kemudahan yang direka untuk membantu ahli KWSP mendapatkan bantuan kewangan melalui pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan. Simpanan dalam Akaun 2 akan digunakan sebagai asas untuk pembiayaan ini melalui permhonan Pengeluaran Bersyarat pada umur 50 atau 55 tahun.

Syarat Kelayakan

Siapa yang boleh mohon? Berikut adalah syarat-syarat kelayakan bagi mereka yang ingin memohon :

Ahli KWSP rakyat Malaysia berumut 40-54 tahun (Fasa 1)
Simpanan minimum Akaun 2 mestilah RM3,000
Maksimum pengeluaran RM50,000
Permohonan hanya boleh dibuat sekali sahaja
Mengikut syarat dan terma yag ditetapkan bank

Bank Yang Terlibat

Antara bank yang boleh buat pengeluaran KWSP bersyarat :

BSN (Bank Simpanan Nasional)
MBSB Bank

Pengeluaran KWSP Bersyarat

Cara Permohonan Pengeluaran KWSP Bersyarat

Permohonan pengeluaran bersyarat umur 50 tahun atau 55 tahun melalui institusi perbankan boleh dibuat secara online. Ada 3 langkah utama yang ahli perlu lakukan :

– Buat semakan awal kelayakan dalam Akaun 2 KWSP terlebih dahulu di portal
– Sila buat permohonan pembiayaan peribadi melalui portal institusi perbankan mengikut syarat yang dipersetujui oleh bank
– Buat permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Thaun atau 55 Tahun kepada KWSP menerusi portal perbankan, berdasarkan – – jumlah pembiayaan yang telah diluluskan oleh bank tersebut.
– Tarikh permohonan boleh dibuat pada 7 April 2023.

Nota Tambahan Sebelum Buat Permohonan :

i) Ahli perlu mendaftar atau mengemaskini nombor telefon bimbit supaya KWSP boleh menghantar TAC untuk mengesahkan identiti semasa membuat transaksi.

ii) Umur 50 atau 55 Permohonan pengeluaran bersyarat dibuat secara dalam talian (online) melalui portal institusi perbankan yang mengambil bahagian.

Pengeluaran KWSP Bersyarat

Cara Semak Baki Akaun 2 KWSP

Untuk buat semakan baki di Akaun 2 KWSP, anda boleh buat melalui :

1. i-Akaun (Ahli)/ Aplikasi mudah alih i-Akaun atau

2. Di Self Service Terminal (SST) mana-mana cawangan KWPS berdekatan

Cara semak baki Akaun 1 Akaun 2 KWSP

Cara Kira Amaun Kelayakan

Jumlah kelayakan awal permohonan menerusi Pengeluaran Bersyarat Umur 50 tahun atau 55 Tahun adalah berdasarkan amaun simpanan yang ada dalam Akaun 2.

Di bawah adalah contoh :

Namun, amaun pengeluaran ini adalah berdasarkan kepada amaun yang diluluskan bagi pembiayaan peribadi serta terma & syarat yang telah ditetapkan oleh pihak bank.

Maklumat Lanjut

Sila layari portal malaysia rasmi FSA2 di pautan berikut untuk info lanjut :

Klik Sini Atau hubungi 03-89226000

Leave a Comment