Permohonan PENGELUARAN KHAS RM10,000 KWSP
Skim pengeluaran khas terbaharu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka lebih rendah berbanding program terdahulu memandangkan ramai ahli berkemungkinan tidak mempunyai jumlah mencukupi untuk membuat pengeluaran penuh yang dibenarkan.
Ahli Ekonomi CGS-CIMB, Nazmi Idrus, berkata orang ramai juga dilihat semakin kurang memerlukan sokongan kewangan, ditambah pula dengan jangkaan pulangan pelaburan yang baik pada masa hadapan berikutan prestasi mantap KWSP tahun lalu.
–> Sila baca Tarikh Bayaran Terkini Fasa 1 Bantuan Keluarga Malaysia RM2,000 Keluarga B40 2022
Intipati berita hari ini – Apa yang perlu anda tahu tentang pengeluaran KWSP RM10,000 kali ini?
- Syarat-syaratnya ialah Warganegara Malaysia berumur 55 tahun ke bawah, Mempunyai baki akaun di dalam akaun 1 dan akaun 2 KWSP dan Pengeluaran akan didahulukan melalui akaun 2 KWSP , kemudian barulah akaun 1.
- Permohonan pengeluaran khas ini boleh mula dibuat bermula 1 April 2022 sehingga tarikh tutup 30 April 2022.
- Pautan permohonan akan kami kemaskini di sini.
- Pembayaran pertama pengeluaran khas KWSP RM10,000 ini adalah bermula 20 April 2022.
- Para pencarum boleh mengeluarkan secara maksimum sehingga RM10,000 dan juga paling minimum sebanyak RM50.
- Pengeluaran dari akaun 2 adalah didahulukan sebelum anda boleh menggunakan akaun 1 KWSP.
- Ahli Ekonomi CGS-CIMB, Nazmi Idrus, berkata orang ramai juga dilihat semakin kurang memerlukan sokongan kewangan, ditambah pula dengan jangkaan pulangan pelaburan yang baik pada masa hadapan berikutan prestasi mantap KWSP tahun lalu.
- Beliau berkata, pengeluaran khas KWSP yang diumumkan baru-baru ini adalah sesuatu yang mengejutkan, memandangkan langkah yang diambil sebelum ini adalah ketika sekatan pergerakan dilaksanakan, manakala pengeluaran terbaharu dibuat di tengah-tengah pemulihan ekonomi.
- Sehubungan itu, beliau menjangkakan jumlah pengeluaran lebih rendah antara RM15 bilion hingga RM20 bilion disebabkan jumlah dana ahli yang terhad.
(sumber: BHarian)
Maklumat Lanjut
Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web kerajaan yang sahih di sini.
Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan bantuan di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang bantuan kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan yang boleh didapati di Portal Manfaat.
Layari MyInfoKerja bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.
–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih
TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA
GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA
KHAS UNTUK PEMBACA BERTUAH
Shope tengah buat sale sekarang
klik disini — promosi shope terlajak murah