Pengeluaran Khas KWSP Terkini
Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP telah mula dikreditkan bermula 18 April lepas. Pelbagai perkara mengenai Pengeluaran Khas ini termasuklah pembayaran akan dikreditkan dalam tempoh 1-3 hari bekerja.
Pihak KWSP telah memaklumkan bahawa pembayaran ini adalah 2 hari lebih awal berbanding pembayaran asal iaitu 20 April 2022.
Oleh hal demikian, pihak KWSP turut menegaskan bahawa pengkreditan amaun ke akaun bank ahli adalah dalam tempoh hari bekerja bergantung kepada prosedur bank.
Selain itu, pemohon turut boleh menyemak status permohonan dari semasa ke semasa di portal Pengeluaran Khas.
PEMBAYARAN PENGELUARAN KWSP TELAH DIAWALKAN
Sukacita dimaklumkan bahawa Pengeluaran Khas KWSP Terkini akan dikreditkan bermula:
- 18 April 2022 dan bukannya 20 April 2022 seperti yang diumumkan sebelum ini
- Ini bermaksud pembayaran diawalkan beberapa hari lagi untuk menampung pemohon yang ingin berbelanja untuk Puasa dan Hari Raya.
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN DILULUSKAN
Para pemohon perlu membuat semakan sekali lagi. Semakan yang dibuat pada 16 April akan menyatakan bahawa ‘Permohonan Anda Diluluskan’.
Manakala untuk pemohon yang status permohonan masih belum berubah, anda perlu tunggu beberapa hari lagi.
TARIKH BAYARAN DINYATAKAN
Selain daripada status permohonan yang diluluskan, pada paparan semakan status tersebut turut dinyatakan tarikh bayaran untuk Pengeluaran Khas KWSP anda.
Jadi, anda tidak perlu tertanya-tanya bilakah pembayaran anda dilaksanakan. Anda mungkin akan dibayar beberapa hari lebih awal kerana pembayaran Pengeluaran Khas ini bermula 18 April dan bukannya 20 April 2022.
Selamat maju jaya dari kami Myinfokerja
Disclaimers – Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan dengan “ Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP Terkini April 2022 Akan Dikreditkan Dalam Masa Hari Bekerja ” sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih