Pengeluaran Khas KWSP
semakan status LULUS bagi permohonan diterima Pengeluaran Khas KWSP boleh mula dibuat mulai 9 April 2022 (Sabtu). Namun, untuk mengetahui dengan lebih lanjut sama ada permohonan yang anda lakukan itu diluluskan ataupun tidak, anda boleh mula melakukan semakan bermula pada 15 April 2022.
KWSP juga memberikan informasi bahawa ahli TIDAK PERLU melakukan semakan melalui portal i-Akaun, mengunjungi kios atau mana mana cawangan KWSP untuk melakukan semakan. Sebaliknya, ahli hanya perlu melakukan semakan melalui portal Pengeluaran Khas yang telah disediakan.
Sila kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan atau ahli keluarga yang turut memohon pengeluaran khas ini.
CARA SEMAK STATUS
- Layari laman web rasmi KWSP iaitu pengeluarankhas.kwsp.gov.my
- Klik butang ‘Semakan Status’
- Isi maklumat anda (sekiranya diminta)
- Keputusan permohonan akan terpapar samada anda LULUS atau TIDAK
- Sekiranya anda LULUS, amaun permohonan yang anda mohon akan dikreditkan pada 20 April 2022
- Contohnya, sekiranya anda memohon pengeluaran sebanyak RM8,000 (dari Akaun 2/ Akaun 1), anda akan menerima pengkreditan dengan jumlah RM8,000 ke akaun bank anda pada 20 April 2022 (Rabu).
- Sekiranya anda TIDAK LULUS, kebiasannya KWSP akan melancarkan permohonan rayuan selepas 9 April 2022
- Cara permohonan rayuan akan kami kongsikan dari semasa ke semasa
- Ikuti Channel Telegram Rasmi di sini: http://t.me/mohonkerjaya
- Segala perkembangan terkini akan kami kongsikan pada Channel Telegram tersebut
Rancang perbelanjaan anda dan selamat maju jaya kami ucapkan
KEMASKINI RASMI: Buat masa ini, penukaran nombor telefon TAC hanya boleh dibuat melalui kios/kaunter KWSP berdekatan kerana ia melibatkan pengesahan cap ibu jari. Klik https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks untuk dapatkan lokasinya. -SNS
CARA MOHON
- Layari pengeluarankhas.kwsp.gov.my dan pilih MOHON SEKARANG.
- Isikan Nombor MyKad/MyPR dan Nombor Telefon Bimbit
- Tekan TERUSKAN dan sahkan identiti anda melalui pengesahan NOMBOR OTP atau Soalan Keselamatan.
- Pilih pilihan amaun pengeluaran
- Tekan TERUSKAN
CARA PEMBAYARAN
Pembayaran ini akan dibayar dalam satu bayaran sahaja dan akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank simpanan atau semasa ahli yang mereka hanya perlu memastikan akaun bank mereka aktif dan bawah nama ahli sendiri. Akaun bersama akan didaftarkan di bawah nama syarikat adalah tidak dibenarkan.
TARIKH SEMAKAN STATUS LULUS PERMOHONAN
Semakan status permohonan diterima ini boleh dibuat bermula 9 April 2022. Namun, untuk mengetahui dengan lebih lanjut sama ada permohonan yang anda lakukan itu diluluskan ataupun tidak, anda boleh mula melakukan semakan bermula pada 15 April 2022.
TARIKH PEMBAYARAN
Menurut pengumuman 16 Mac lalu, KWSP ada berkongsi maklumat tentang permohonan pengeluaran ini akan dibuka kepada ahli bawah usia 55 tahun bermula 1 April sehingga tamat tempoh permohonan iaitu pada 30 April ini.
Maklumat paling penting, pembayaran ini akan dibayar pada 20 April ini.
Selamat maju jaya dari kami Myinfokerja
Disclaimers – Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan dengan “ Pengeluaran Khas KWSP, Semakan Status KWSP LULUS atau GAGAL Kini Dibuka ” sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih