Pengeluaran Khas KWSP Sebelum Aidilfitri sehingga RM30,000
Pengeluaran Khas KWSP Sebelum Aidilfitri – Dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak akan terjejas sekiranya desakan pengeluaran khas dipenuhi.
Memetik laporan Berita Harian, Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia (4PM) dan Pertubuhan Aktivis Rakyat Malaysia (Prorakyat) memberitahu, ia berikutan berjuta caruman lagi masuk setiap bulan dalam tabungan agensi terbabit.
Pertubuhan bukan kerajaan yang sinonim mendesak pengeluaran KWSP ini, mempunyai sebab kukuh mendesak kerajaan meluluskan pengeluaran kali ini.
Pengeluaran Khas KWSP Sebelum Aidilfitri
“Apabila KWSP mengatakan RM145 bilion sudah dikeluarkan dalam tempoh pandemik, pada kami itu hanya satu angka kerana pelbagai penyelesaian dana diseleweng, negara kita masih lagi berduit, tiada kakitangan tidak bergaji atau sebagainya.
“Justeru mengapa KWSP sukar membenarkan pengeluaran sedangkan berjuta pencarum terus melabur dalam dana persaraan itu dan kenapa terus mempertikai soal pengeluaran (saki baki simpanan), sedangkan mereka benar-benar memerlukannya,” katanya kepada portal arus perdana.
KWSP sebelum ini mendedahkan pihaknya terlepas peluang mengembangkan aktiviti pelaburannya susulan pengeluaran RM145 bilion oleh 8.1 juta ahlinya menerusi empat siri kemudahan pengeluaran ketika pandemik Covid-19, iaitu i-Lestari, i-Sinar, i-Citra dan Pengeluaran Khas.
Pengeluaran Khas KWSP Sebelum Aidilfitri
Join Telegram: https://t.me/portalsemakanmalaysia
Mohon Juga: Pengeluaran KWSP Yang Dibenarkan Pada Tahun 2023
Namun demikian, Ketua Pegawai Strategi KWSP, Nurhisham Hussein, dilaporkan berkata pengeluaran RM145 bilion berkenaan tidak memberi kesan ketara terhadap portfolio pelaburan pengurus dana persaraan itu.
Presiden 4PM, Rosland Mohd Arif berkata, pengeluaran itu seharusnya dibenarkan berikutan ia membabitkan simpanan milik pencarum sendiri dan mereka sedar tabungan masa depan susut.
Katanya, dengan kesempitan hidup mungkin ada antara pencarum tidak sempat menikmati persaraan hari tua, memandangkan pada masa sekarang jumlah yang terkesan semakin ramai, ada yang diisytihar bankrap dan mengakhirinya dengan bunuh diri.
Tuntutan pengeluaran RM10,000 hingga RM30,000 ‘one off’ tidak akan mengganggu pelaburan KWSP dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim minta diberikan masa untuk mempertimbangkan pengeluaran khas KWSP.
“Kami berharap Kerajaan Perpaduan dan Malaysia Madani berhasil mencari satu formula dan resolusi terbaik bagaimana caruman KWSP boleh diluluskan.
“Lagipun ia bukan dana kerajaan, mahu menunggu hari tua untuk mengeluarkannya, mungkin tidak sampai usia itu kerana mereka meninggal dunia, ditimpa musibah, kita tidak tahu,” katanya.
“Besar harapan pencarum supaya tabungan itu boleh dikeluarkan selepas pembayaran dividen selewat-lewatnya pada Mac atau sebelum Ramadan atau Aidilfitri,” ujarnya. – Pengeluaran Khas KWSP Sebelum Aidilfitri