TARIKH Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 & Cara Semak Status LULUS Atau Tidak
Kami kongsikan kepada anda cara muda untuk semak status lulus & tarikh Pengeluaran Khas KWSP RM10,000.
Ramai yang berkongsi kegembiraan di laman sosial masing-masing kerana status lulus bagi Pengeluaran Khas KWSP RM10,000. Ada juga yang masih keliru bagaimana cara untuk semak status lulus pengeluaran Khas KWSP RM10,000?
Tarikh Pengeluaran Khas KWSP RM10,000
Walaupun KWSP sudah mengeluarkan tarikh bahawa 20 hb ni merupakan tarikh pembayaran KWSP, namun melalui status semakan lulus di laman web rasmi Pengeluaran Khas, ada juga pencarum yang akan mula terima bayaran bermula 21 hb April ini.
Cara Semak Status LULUS
- Layari http://pengeluarankhas.kwsp.gov.my
- Klik ‘Teruskan’
- Klik ‘Semakan Status Permohonan’
- Isi No MyKad/ MyPR atau; Nombor Passport/ MyKAS
- Isi No Telefon Bimbit
- Sahkan Captcha
- Klik ‘Semak Status’
- Keputusan Permohonan Dipaparkan
- Sekiranya anda LULUS, amaun permohonan yang anda mohon akan dikreditkan pada 20 April 2022
- Contohnya, sekiranya anda memohon pengeluaran sebanyak RM8,000 (dari Akaun 2/ Akaun 1), anda akan menerima pengkreditan dengan jumlah RM8,000 ke akaun bank anda pada 20 April 2022 (Rabu).
- Sekiranya anda TIDAK LULUS, kebiasannya KWSP akan melancarkan permohonan rayuan selepas 9 April 2022
- Cara permohonan rayuan akan kami kongsikan dari semasa ke semasa
- Ikuti Channel Telegram Rasmi di sini: http://t.me/pakejbantuankerajaan
- Segala perkembangan terkini akan kami kongsikan pada Channel Telegram tersebut
- Rancang perbelanjaan anda dan selamat maju jaya kami ucapkan
Bagaimanakah cara bayaran Pengeluaran Khas?
Pengeluaran Khas akan dibuat dalam satu (1) bayaran sahaja (single payment).
Bagaimanakah pembayaran Pengeluaran Khas akan dibuat kepada ahli?
Bayaran bagi Pengeluaran Khas akan dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli.
Pastikan syarat-syarat di bawah dipenuhi bagi memastikan urusan pembayaran Pengeluaran Khas berjalan lancar:
- Akaun bank (simpanan atau semasa)
- Akaun bank masih aktif
- Akaun bank adalah didaftarkan atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama/ syarikat)
Maklumat Lanjut
Anda boleh layari laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau menghubungi Hotline Pengeluaran Khas di talian 03-8922 4848 bermula 1 April ini.
Selamat maju jaya dari kami Myinfokerja
Disclaimers – Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan dengan “ TARIKH Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 & Cara Semak Status LULUS Atau Tidak ” sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih