KWSP Umum Tarikh Bayaran Pengeluaran Khas Selepas Raya

Pengeluaran Khas

Pengeluaran KWSP Bersasar sebelum Hari Raya Aidiladha

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Antaranya adalah apabila Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan inisiatif i-Citra, i-Lestari, i-Sinar dan sebagainya. Nampaknya pada ketika ini, masih ada desakan supaya pengeluaran simpanan dari Tabung Kewangan ini dibenarkan.

Pengeluaran KWSP Bersasar
Baru-baru ini, sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) telah mendesak supaya Kerajaan membenarkan Pengeluaran KWSP Bersasar kepada para pencarum yang memerlukan.

Desakan itu datang daripada Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) yang mendakwa masih terdapat segelintir pencarum yang tertekan dan terdesak bagi menggunakan simpanan KWSP mereka.

Hasil Kaji Selidik
Presiden PGIRM Azmi Mohd Tahir berkata pihaknya telah membuat sebuah kaji selidik di Seluruh Malaysia bermula pada 15 Mei hingga 28 Mei lalu bagi mengenal pasti dan membuat semakan silang pencarum yang benar-benar terdesak serta tercicir ini,untuk diberikan perhatian oleh pihak kerajaan.

“Hasil daripada kaji selidik ini, hanya 99,335 pencarum di seluruh Malaysia mengikut pecahan negeri yang dinafikan dan mereka ini tidak layak untuk pinjaman FSA2 dan selebihnya ramai yang telah meminjam FSA2 dan ada yang tidak lagi memerlukan pengeluaran.

“Jumlahnya bukan 8.1 juta Pencarum seperti Pengeluaran sebelum ini, tetapi hanya seramai 99,335 pencarum sahaja yang perlu diberikan perhatian wajar dan kebenaran meluluskan pengeluaran kecemasan KWSP bersasar demi meneruskan kelangsungan hidup kerana masih terdesak dan terhimpit,” katanya.

Oleh hal demikian, Kerajaan hendaklah membantu mereka yang berada dalam kesusahan akibat bebanan tunggakan hutang, kos sara hidup tinggi dan pendapatan tidak seimbang.

Berdasarkan dapatan kaji sedilik berkenaan, data menunjukkan penduduk di Selangor paling tinggi memerlukan pengeluaran berkenaan iaitu seramai 25,587 orang diikuti Johor (14,359), Sabah (8,050), Perak (7,493), Kedah (6,472) Sarawak (6,370), Kuala Lumpur (6,269) dan Pulau Pinang (5,479).

KWSP Umumkan Senarai Kategori Pengeluaran Khas Terima Bayaran Selepas Raya dan semakan tarikh penting bagi pemohon pengeluaran KWSP.

Terdapat satu kategori permohonan diumumkan oleh pihak KWSP yang akan menerima bayaran selepas hari raya Aidilfitri.

Kategori tersebut adalah permohonan KWSP Pengeluaran Khas yang dibuat

  • bermula 28 April dan ke atas sahaja

Walau bagaimanapun, bagi pemohon KWSP 27 April dan ke bawah pembayaran akan dilakukan sebelum hari raya Aidilfitri.

PENGELUARAN KHAS

Baca juga: Waktu Rasmi Pembayaran Pengeluaran Khas Mengikut Waktu Operasi Bank

TARIKH PEMBAYARAN PENGELUARAN KHAS

Tarikh pembayaran untuk pemohon 28 April dan ke atas akan dibuat seawal

  • 5 Mei 2022 atau hari raya ketiga

PENGELUARAN KHAS

Pembayaran KWSP Belum Masuk ? Ini Jawapan Menteri

Tarikh Pembayaran KWSP RM10K Mengikut Batch

PERKARA PENTING PENGELUARAN KHAS

1. Pembayaran Pengeluaran Diawalkan
Sukacita dimaklumkan bahawa pembayaran Pengeluaran KWSP ini diawalkan beberapa hari bermula

  • 18 April berbanding tarikh sebelumnya iaitu 20 April
    Pembayaran diawalkan untuk memudahkan pemohon berbelanja sempena hari raya

2. Pembayaran Pada 18 April

  • Semakan status permohonan dipaparkan bahawa pembayaran pertama adalah pada 20 April. Walau bagaimanapun disebabkan tarikh bayaran yang diawalkan, dijangkakan bahawa
  • semakan status pembayaran yang pada 20 April akan mula dikreditkan pada 18 April ini
    Namun, tiada info sahih yang diterima mengenai hal itu

3. Pembayaran Secara Berperingkat

  • Menurut Menteri Kewangan, Tan Sri Tengku Zafrul, sekiranya terdapat pemohon yang belum menerima bayaran pada 18 April, pemohon tidak perlu risau dan perlu tunggu untuk beberapa hari lagi.
  • Hal ini kerana pembayaran dilakukan secara berperingkat. Sama seperti pembayaran i-Citra dan i-Sinar.

4. Bayaran One-Off

  • Sekiranya anda terlepas informasi mengenai jumlah bayaran yang akan dikreditkan. Pembayaran akan dilaksanakan sekali bayar atau one-off sahaja.
  • Bermaksud sekiranya anda membuat Pengeluaran RM 10,000 maka anda akan terima RM 10,000 sekaligus.

5. Penggantian Jumlah Pengeluaran Khas

  • Untuk pengetahuan anda, setiap jumlah pengeluaran anda perlu diganti semula melalui kadar caruman bulanan KWSP.
  • Ahli perlu menggantukan keseluruhan jumlah pengeluaran melalui Pengeluaran Khas ini dengan tambahan sebanyak 20 PERATUS (%).

PENGELUARAN KHAS

Berikut adalah contoh pengiraan :

Sekiranya anda membuat Pengeluaran RM 10,000
20 % daripada RM 10,000 adalah RM 2,000
Oleh itu, jumlah yang perlu anda ganti adalah RM 10,000 + RM 2,000 = RM 12,000
Caruman baharu yang diterima akam dikreditkan 100% ke dalam Akaun 1 termasuklah tambahan 20% daripada amaun pengeluaran seperti yang ditunjukkan di atas.

Setelah penggantian selesai, caruman akan kembali seperti biasa.

Baca Juga: Cara Mohon Biasiswa Zamalah

MyinfoKerja

Disclaimers – Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan dengan “ Pengeluaran Khas ” sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih

Leave a Comment