Respon Pihak KWSP Mengenai Pengeluaran Khas 2.0 KWSP

Respon Pihak KWSP Mengenai Pengeluaran Khas 2.0 KWSP

Ini Respon Pihak KWSP Mengenai Pengeluaran Khas 2.0 KWSP yang banyak dipersoalkan baru-baru ini. Lihat di bawah berkenaan respon yang diberikan oleh pihak kwsp tentang tuntutan yang akan di buat dan yang banyak dipersoalkan oleh rakyat soal  pengeluaran khas 2.0 kwsp.

Lihat Juga : Cara Tuntut Pengeluaran Khas KWSP 2.0

Pengeluaran Khas 2.0 KWSP

Baru-baru ini sebuah petisyen mengenai tuntutan Pengeluaran Khas 2.0 KWSP telah dibuat sebagai sokongan dan tidak disangangka ianya mendapat sambutan yang luar biasa.

Hampir 85,000 rakyat bersetuju dan mengisi petisyen tersebut untuk tuntutan pengeluaran KWSP. Dan ini jelas bahawa rakyat sangat mengharapkan tuntutan pengeluaran KWSP 2.0 ini agar perkara tersebut dipandang serius oleh kerajaan.

Oleh hal yang berlaku berkenaan dengan tuntutan kwsp 2.0 ini. Ianya telah sampai kepada pihak kwsp serta inilah respon yang diberi oleh pihak kwsp tentang tuntutan pengeluaran khas 2.0 ini.

Berikut adalah respon atau balasan komen yang dibuat oleh KWSP :

Hi! KWSP tiada menyediakan pengeluaran untuk tujuan mengubahsuai, membaiki atau membuat kerja-kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada.

KWSP hanya membenarkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 di bawah pengeluaran perumahan untuk tujuan membiayai pembelian rumah, mengurang / menyelesaikan baki pinjaman perumahan dan ansuran bulanan pinjaman perumahan sahaja.
dan setakat ini, tiada Pengeluaran Khas 2.0 akan dilaksanakan. Terima Kasih. -RY

nda boleh mengeluarkan simpanan KWSP tertakluk kepada Skim Pengeluaran yang disediakan. Untuk info lanjut berhubung Skim Pengeluaran KWSP yang terkini, klik http://kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals

Maklumat Pengeluaran Khas 2.0

Walau bagaimanapun pada Pengeluaran Khas 1.0 lalu, ia terjadi akibat rakyat terus membuat tuntutan dan desakan di mana pada akhirnya kerajaan meluluskan Pengeluaran Khas KWSP 1.0. Dan Melalui perkara yang kita dapat di atas, keputusan untuk Pengeluaran Khas KWSP 2.0 kwsp ini belum lagi dibuat oleh pihak kerajaan dan kwsp.

Oleh hal demikian sekiranya kita lakukan perkara yang sama, ia turut tidak mustahil untuk berlaku sekali lagi.

Pada pandangan rakyat, pelaksanaan Pengeluaran Khas 2.0 adalah munasabah pada ketika ini akibat pelbagai isu khususnya harga barang yang kian meningkat.

Walaupun, peningkatkan gaji minimum telah dibuat tapi ia tidak mampu mengatasi harga barang yang semakin meningkat. Oleh itu, segolongan besar pencarum KWSP turut bersetuju untuk pelaksanaan Pengeluaran Khas KWSP 2.0.

Pengeluaran Khas 2.0 KWSP

Pengeluaran Khas 2.0 KWSP

Baca Juga : Cara Daftar ASB Online Menggunakan MyASNB

Leave a Comment