Pengeluaran i-Citra akan menggugat pesara bumiputera jika diteruskan

Pesara Bumiputera tergugat jika pengeluaran i-Citra diteruskan

Sememangnya, sejak dua tahun kebelakangan ini, ramai rakyat yang terjejas pendapatan akibat langkah-langkah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mengehadkan kegiatan ekonomi.

–> Sila baca Senarai Bantuan Kerajaan Oktober 2021 – tarikh bayaran & cara permohonan

Intipati kenyataan berita KWSP

  • Data KWSP terbaru mendedahkan bahawa 6.1 juta ahli kini mempunyai baki kurang daripada RM10,000 dalam akaun mereka. Lebih mengejutkan adalah daripada jumlah itu, 3.6 juta ahli mempunyai kurang RM1,000 dalam akaun mereka.
  • Pencarum Bumiputera merupakan kelompok paling ramai mempunyai baki simpanan kurang daripada RM10,000 berbanding pencarum kaum lain.
  • Menurut KWSP, pencarum Bumiputera mewakili 74 peratus daripada 5.9 juta pencarum yang baki simpanan kurang RM10,000. Nisbah pencarum KWSP berbangsa Cina ialah 13 peratus dan pencarum India pula sebanyak 7 peratus.
  • Apa sudah jadi dengan simpanan saraan pekerja Bumiputera ini? Sudah begitu banyak inisiatif dan bantuan tunai dari kerajaan untuk membantu mereka dalam pelbagai segi—dan memandangkan pembukaan ekonomi semakin pesat—perlukan diizinkan pencarum menyentuh lagi wang untuk simpanan hari tua mereka?
  • Saranan beberapa ahli-ahli politik seperti Ketua Pemuda Umno Datuk Asyraf Wajdi Dusuki turut menyumbang kepada masalah ini. Beliaulah yang paling kuat bersuara untuk melanjutkan program i-Citra di bawah KWSP, malah masih menyarankan diadakan lagi pengeluaran sehingga RM10,000.
  • Antara hujah yang dibuat beberapa pihak untuk lanjutan i-Citra adalah wang ini boleh digunakan untuk modal perniagaan atau membayar hutang. Tetapi ini bukanlah tujuan sebenar simpanan KWSP ditubuhkan.
  • Tidak pula kita mendengar pemimpin dari parti atau kaum lain membuat desakan sebegini.
  • Minggu ini, beberapa kesatuan sekerja seperti MTUC, NUSPM dan UNI-MLC turut sama menyeru Kerajaan supaya tidak lagi mengizinkan sebarang pengeluaran tambahan dari simpanan KWSP.
  • Jika pengeluaran i-Citra tidak dihentikan, majoriti ahli KWSP tidak akan mampu membiayai sara hidup mereka di hari tua. Kemungkinan besar, ini akan menjadi suatu beban ke atas sistem kebajikan dan kewangan negara di masa depan.
  • Apa yang rakyat patut buat sekarang ialah mencari peluang pekerjaan dan bisnes yang sudah terbuka luas. Janganlah ambil jalan mudah mengeluarkan wang simpanan KWSP.
  • Kita yakin, rakyat Malaysia mempunyai keupayaan untuk bangkit kembali dari cabaran ekonomi Covid-19. Ambillah manfaat dari beratus inisiatif dan bantuan yang disalurkan pihak Kementerian, Kerajaan Negeri dan pusat pungutan zakat masing-masing. Peliharalah simpanan KWSP kita.

Sumber: Ismael Yunus

Maklumat Lanjut

Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web kerajaan yang sahih di sini.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan bantuan di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang bantuan kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan yang boleh didapati di Portal Manfaat.

Layari MyInfoKerja bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.

–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment