KWSP Benarkan Pengeluaran Akaun 2 Melalui i-Lindung

KWSP Benarkan Pengeluaran Akaun 2 Melalui i-Lindung

KWSP Benarkan Pengeluaran Akaun 2 Melalui i-Lindung – Bagi membantu mereka yang memerlukan, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan di peringkat persekutuan atau negeri.

Untuk pengetahuan anda, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini melancarkan platform i-Lindung di bawah Pelan Perlindungan Ahli (PPA).

i-Lindung pada asasnya adalah platform layan diri dalam i-Akaun (Ahli) untuk membeli produk perlindungan di bawah Pelan Perlindungan Ahli (PPA).

Melaluinya, ahli boleh membeli produk insurans/takaful daripada syarikat insurans dan takaful (SIT) yang diluluskan KWSP.

KWSP Benarkan Pengeluaran Akaun 2 Melalui i-Lindung

Syarat Kelayakan 
Berikut adalah syarat kelayakan bagi mereka yang ingin membuat iLindung :

Rakyat Malaysia;
pengguna i-Akaun (ahli);
Terdapat baki simpanan dalam akaun KWSP.

BACA JUGA:

PELUANG KERJAYA DI PTPTN TAHUN 2023

SPR: Panduan Lengkap Untuk Pilihan Raya 2023

ciri ciri i lindung

Cara Permohonan 
Jenis perlindungan di bawah platform termasuk perlindungan nyawa dan perlindungan penyakit kritikal.

Prosedur pembelian melalui i-Lindung boleh dijalankan seperti berikut:

Log masuk ke i-Akaun (ahli);
Klik pada tab “i-Lindung”;
Pilih produk yang ditawarkan oleh SIT;
Isikan maklumat di Portal SIT;
Kebenaran untuk mendebit daripada akaun KWSP;
Terima penyata maklumat daripada SIT.

Insurans yang dibeli akan dikira dari tarikh polisi/sijil dikeluarkan oleh SIT. Polisi/sijil akan dihantar melalui e-mel oleh SIT dan juga boleh didapati dalam Pelan Perlindungan Saya di bawah i-Lindung.

Maklumat Lanjut
Pembayaran kepada SIT tidak akan dibuat serta-merta selepas permohonan diluluskan dan mungkin mengambil masa beberapa hari.

Walau bagaimanapun, status polisi/sijil akan kekal sah melainkan pembayaran ditolak.

Maklumat lengkap tentang i-Lindung boleh didapati di Portal Rasmi KWSP – di sini.

KWSP Benarkan Pengeluaran Akaun 2 Melalui i-Lindung

Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.

 

Leave a Comment