Rayuan BPR dalam proses pengkreditan dari Oktober ke Disember
Seramai 3.6 juta individu yang terdiri daripada penerima sedia ada kategori isi rumah B40 dan mereka yang telah lulus rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan menerima pembayaran Fasa 3 mulai pada awal bulan Oktober ini.
–> Sila baca Senarai Bantuan Kerajaan Oktober 2021 – tarikh bayaran & cara permohonan
Intipati kenyataan berita
- Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pembayaran itu membabitkan peruntukan berjumlah RM2.82 bilion.
- Secara keseluruhannya, beliau berkata, sebanyak RM9.6 bilion telah diperuntukkan untuk BPR yang memanfaatkan 8.5 juta penerima bagi 2021.
- “Selain BPR, masih terdapat bantuan tunai lain iaitu Bantuan Khas Covid-19 (BKC) dan Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) yang akan disalurkan kepada mereka yang layak pada Oktober hingga Disember 2021.
- Kesemua bantuan tunai yang diperuntukkan kerajaan ini termasuk BPR sehingga hujung tahun 2021 bernilai RM17.1 bilion dan dijangka memanfaatkan lebih 10 juta penerima.
- “Untuk BPR Fasa 3, setiap penerima bakal menerima sehingga RM1,400 manakala, penerima bayaran Rayuan BPR akan menerima sehingga RM2,300 mengikut kategori kelayakan masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan.
- Menurutnya, pembayaran ini adalah penyaluran penuh baki nilai yang sepatutnya diterima penerima BPR dalam meringankan beban mereka yang masih terkesan akibat Covid-19.
- Tengku Zafrul berkata, kerajaan sentiasa peka dengan keperluan semasa dan komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia.
- “Dari aspek perlindungan sosial jangka panjang, pelan Perkukuh Pelaburan Rakyat (Perkukuh) juga sedang meneroka langkah-langkah untuk meningkatkan liputan dan kecukupan perlindungan sosial bagi memastikan rakyat Malaysia mendapat perlindungan serta kemampuan dalam memperbaiki taraf hidup mereka.
Sumber: hmetro
Maklumat Lanjut
Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web kerajaan yang sahih di sini.
Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan bantuan di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang bantuan kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan yang boleh didapati di Portal Manfaat.
Layari MyInfoKerja bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.
–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih