Pencarum KWSP boleh pinjam bank mulai 7 April

Pencarum KWSP boleh pinjam bank mulai 7 April

Pencarum KWSP boleh pinjam bank mulai 7 April – Pinjam bank guna Akaun 2 KWSP: Apa yang perlu anda tahu

Antara yang perlu pencarum KWSP faham sebelum membuat sebarang permohonan bagi meminjam pembiayaan bank dengan bersandarkan kepada tabungan Akuan 2 menerusi program Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2).

Program Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) KWSP

Program bertujuan membantu ahli KWSP mendapatkan pinjaman peribadi daripada bank dengan menjadikan tabungan dalam Akaun 2 sebagai sandaran pembiayaan menerusi permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun. Pembayaran hanya akan dibuat kepada bank apabila ahli mencapai usia 50 hingga 55 tahun.

Manfaat FSA2

Membolehkan pencarum KWSP yang berdepan masalah kewangan sementara mendapatkan aliran tunai menerusi pembiayaan peribadi, dengan simpanan ahli kekal dalam Akaun 2 dan terus menerima dividen tahunan KWSP. Ia juga membolehkan ahli mengambil manfaat daripada kuasa pengkompaunan dividen ke atas simpanan persaraan mereka

Fasa pelaksanaan FSA2

Dibuat dalam dua fasa.

 

Fasa 1 – Permohonan bagi ahli usia 40 hingga 50 tahun dibuka bermula 7 April 2023.

– Semakan kelayakan amaun boleh dipohon boleh buat mulai 5 April 2023 – layari https://fsa2.kwsp.gov.my

Fasa 2 – Permohonan bagi ahli bawah usia 40 tahun akan dimaklumkan kelak.

Cara permohonan:

– Dibuat secara dalam talian dengan institusi perbankan yang mengambil bahagian.

Bank yang sediakan kemudahan FSA2:

– Bank Simpanan Nasional (BSN)

– MBSB Bank

– KWSP akan menambah bilangan bank yang ambil bahagian

Semak Juga: Bantulah Rakyat Dengan Benarkan Pengeluaran KWSP 2.0

Mohon Juga: KWSP bukan ubat tahan sakit , elak pengeluaran demi hari tua, Parah jika wang susut masa muda!

 

Antara syarat dikenakan:

– Mempunyai minimum RM3,000 dalam Akaun 2 KWSP.

– Pembiayaan maksimum RM50,000

– Tempoh bayaran balik 10 tahun.

Kadar faedah dikenakan?

– 4% hingga 5% faedah konvensional atau kadar keuntungan Islamik

Bagaimana bayaran balik pinjaman dibuat?

KWSP akan membayar prinsipal dan dividen terkumpul daripada Akaun 2 ke dalam akaun pembiayaan ahli dengan bank, sebelum lebihan akan dipulangkan kepada ahli.

Pencarum KWSP berusia 40 hingga 50 tahun, perlu mempunyai tabungan berjumlah minimum RM3,000 dalam Akaun 2 masing-masing layak membuat pinjaman bank mulai 7 April ini.

Dua bank tempatan menyediakan kemudahan pinjaman berkenaan iaitu Bank Simpanan Nasional (BSN) dan MBSB Bank dengan kadar faedah (Konvensional) atau kadar keuntungan (Islamik) antara 4-5 peratus, lebih rendah berbanding kadar pasaran semasa iaitu 8-15 peratus.

Pencarum KWSP yang berhasrat membuat pinjaman itu, boleh melayari sesawang, https://fsa2.kwsp.gov.my bermula 5 April, bagi menyemak kelayakan dan amaun pembiayaan peribadi yang boleh dimohon.

KWSP dalam kenyataannya hari ini, memperincikan mengenai mekanisme, terma dan syarat Fasiliti Sokongan Akuan 2 (FSA2) yang kini boleh digunakan sebagai cagaran kepada pinjaman bank yang dibuat oleh pencarum.

“FSA2 adalah kemudahan yang bertujuan membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan. Simpanan dalam Akaun 2 hanya boleh digunakan untuk membayar pembiayaan peribadi ini menerusi permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun, berdasarkan pengeluaran sedia ada yang dibenarkan di bawah Akta KWSP 1991 (Akta).

“Bagaimanapun, pengeluaran ini adalah bersyarat, di mana pembayaran akan hanya dibuat kepada institusi perbankan apabila ahli telah mencapai umur 50 hingga 55 tahun, seperti yang termaktub dalam Akta.

“Pihak bank akan mentadbir sepenuhnya proses permohonan untuk pembiayaan peribadi melalui kemudahan ini, tertakluk kepada penilaian pembiayaan dan rangka kerja kredit mereka. Permohonan pembiayaan peribadi ini boleh dibuat secara dalam talian melalui institusi perbankan yang mengambil bahagian,” katanya.

Pencarum KWSP boleh pinjam bank mulai 7 April

Pencarum KWSP boleh pinjam bank mulai 7 April

KWSP berkata, sebelum membuat permohonan mulai 7 April ini, ahli perlu membuat semakan awal kelayakan dalam Akaun 2 KWSP.

Katanya, permohonan hendaklah dibuat mengikut terma dan syarat yang dipersetujui dengan institusi perbankan.

“Setelah permohonan diluluskan, ahli boleh mengemukakan permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun kepada KWSP, berdasarkan amaun pembiayaan peribadi yang diluluskan institusi perbankan berkenaan.

“FSA2 akan dilaksanakan dalam dua fasa, dan ahli yang memenuhi kriteria kelayakan boleh memohon melalui bank yang mengambil bahagian iaitu MBSB Bank dan BSN. KWSP akan mempertimbangkan untuk menambah lebih banyak bank yang mengambil bahagian pada masa hadapan,” katanya.

KWSP berkata, sepanjang Fasa 1 pelaksanaan skim yang akan bermula pada 7 April 2023 dan kekal dibuka selama setahun, ahli yang layak berumur 40 tahun ke atas boleh memohon, tertakluk kepada kesediaan bank yang mengambil bahagian.

Katanya, tarikh untuk Fasa 2 membabitkan ahli KWSP di bawah umur 40 tahun, akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Di bawah kemudahan ini, semua ahli KWSP warga Malaysia di bawah umur 55 tahun, boleh membuat notis awal untuk Pengeluaran Umur 50 Tahun atau 55 Tahun, dengan syarat mempunyai jumlah minimum RM3,000 dalam Akaun 2 KWSP mereka.

Pencarum KWSP boleh pinjam bank mulai 7 April

“Jumlah pembiayaan maksimum telah ditetapkan pada RM50,000, tertakluk kepada baki Akaun 2 KWSP, dengan tempoh pembayaran balik hingga 10 tahun.

“Kadar faedah (konvensional) atau kadar keuntungan (Islamik) yang akan dikenakan bank yang mengambil bahagian dalam program ini adalah di antara 4-5 peratus, lebih rendah dan lebih berpatutan daripada kadar pasaran semasa iaitu 8-15 peratus,” katanya.

KWSP berkata, kemudahan pembiayaan ini disasarkan kepada ahli yang mempunyai simpanan dalam Akaun 2 dan disokong dengan pendapatan berpatutan bagi memastikan mereka mampu membiayai dan membayar balik tanpa menjejaskan kecukupan dan keselamatan simpanan persaraan mereka.

Katanya, fasiliti sokongan ini menawarkan penyelesaian praktikal untuk ahli KWSP yang menghadapi isu ketidakcukupan tunai sementara dengan menyediakan aliran tunai melalui pembiayaan peribadi dengan impak minimum kepada simpanan persaraan mereka.

“Sekiranya ahli membuat notis awal untuk Pengeluaran Umur 50 Tahun, KWSP akan membayar prinsipal dan dividen terkumpul daripada Akaun 2 ke dalam akaun pembiayaan ahli dengan bank pada mana-mana peringkat umur antara 50 dan 54 tahun, mengikut pilihan ahli.

“Jika ahli memilih Pengeluaran Umur 55 Tahun, KWSP akan membayar prinsipal dan dividen terkumpul daripada Akaun 2 ke dalam akaun pembiayaan ahli dengan bank pada umur 55 tahun. Jumlah yang dibayar akan digunakan untuk menjelaskan baki pembiayaan peribadi, sekiranya ada, sebelum memulangkan sebarang lebihan kepada ahli,” katanya.

KWSP memberi jaminan, simpanan ahli akan kekal dalam Akaun 2 dan terus menerima dividen tahunan, seterusnya membolehkan mereka mengambil manfaat daripada kuasa pengkompaunan dividen ke atas simpanan persaraan mereka, di samping masih memenuhi keperluan kewangan jangka pendek mereka.

Masa sama, KWSP berkata, ahli boleh membatalkan notis awal Pengeluaran Umur 50 Tahun atau 55 Tahun dengan memaklumkannya kepada KWSP, sekiranya mereka sudah telah menyelesaikan sepenuhnya pembiayaan peribadi yang diambil dengan bank.

“Sebaik sahaja notis awal dibatalkan, jumlah yang dipohon untuk pengeluaran (prinsipal dan dividen terkumpul) dalam Akaun 2 boleh digunakan untuk pengeluaran pra-persaraan lain daripada KWSP.

“Bermula 5 April 2023, ahli boleh melawat https://fsa2.kwsp.gov.my untuk menyemak kelayakan dan amaun pembiayaan peribadi yang boleh dimohon, serta soalan-soalan lazim berserta jawapan berkenaan fasiliti ini,” katanya.

Masa sama, pencarum perlu mendaftar atau mengemas kini nombor telefon bimbit melalui Self-Service Terminal di mana-mana cawangan KWSP bagi tujuan penerimaan Transaction Authorisation Code (TAC) untuk pengesahan identiti ketika membuat transaksi.

Untuk maklumat lanjut mengenai kemudahan FSA2, mereka boleh merujuk kepada laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di 03-8922 6000.

 

Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free. Pencarum KWSP boleh pinjam bank mulai 7 April

Leave a Comment