TERKINI: Kerajaan baharu perlu buktikan pencapaian dalam 100 hari

Kabinet kerajaan baharu hendaklah menyahut cabaran pencapaian 100 hari

Kesemua 31 menteri dan 38 timbalan menteri yang telah diumumkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai barisan ‘Kabinet Berorientasikan Hasil, pada 27 Ogos 2021, memahami syarat yang perlu dipenuhi oleh Perdana Menteri untuk membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama itu, tidak boleh dipandang ringan.

–> Sila baca Senarai Semua Bantuan Yang Anda Layak ~ cara semakan bantuan 2021

Intipati tajuk serta seruan rakyat #KamiMalaysia kepada kerajaan

  • Gerakan #KamiMelaysia menyeru kerajaan baharu serta kabinetnya untuk membuktikan pencapaian tempoh 100 hari dengan berhemah dan bertauliah,
  • Menurut jurucakap, Datuk M Nizam Mahshar kerajaan baharu ini hendaklah memperbetul dan menghasilkan impak yang sepatutnya dengan kejelasan polisi yang boleh dipertahankan secara telus dan terbuka.
  • “Apa yang dilihat ialah lantikan barisan Jemaah Menteri kali ini adalah sedikit ke belakang berbanding banyak negara serantau yang berani menukar dinamik pimpinan Kerajaan.
  • #KamiMalaysia mengharapkan agar Perdana Menteri boleh mempertimbangkan saranan untuk menubuhkan Majlis Pemulihan Kecemasan Negara sebagaimana yang disebut pelbagai pihak sebelum ini.
  • Kita perlu belajar daripada pengalaman dan kesilapan lalu. Barisan Kabinet ini mesti mengutamakan keselamatan serta kesejahteraan rakyat. Segala ketetapan dan peraturan berkaitan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta Pelan Pemulihan Negara (PPN), termasuk prosedur operasi standard (SOP) mesti dilaksana secara adil dan saksama.
  • Tanpa mengira darjat dan pangkat, kita mengharapkan tiada lagi insiden yang disebut secara sinis sebagai kluster mahligai atau kayangan. Semua individu yang melanggar SOP perlu menerima hukuman setimpal jika terbukti.

Maklumat Lanjut

Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web kerajaan yang sahih di sini.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan bantuan di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang bantuan kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan yang boleh didapati di Portal Manfaat.

 

Layari MyInfoKerja bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.

 

–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment