Penangguhan Bayaran Balik PTPTN
Inisiatif yang disediakan oleh PTPTN kepada peminjam yang menghadapi kesukaran membayar balik pinjaman dalam tempoh (PKP 3.0) adalah menyediakan kemudahan penangguhan bayaran balik kepada peminjam yang layak.
Syarat Kelayakan
Peminjam yang memenuhi kriteria berikut layak memohon Penangguhan Bayaran Balik PTPTN:
- Peminjam yang kehilangan pendapatan iaitu diberhentikan pekerjaan dalam tempoh pandemik COVID-19; dan
- Peminjam yang terjejas pendapatan iaitu pendapatan berkurang dalam tempoh pandemik COVID-19.
–> Sila baca Permohonan i-Citra KWSP Pengeluaran RM5,000 ~ tarikh permohonan dan pembayaran
Bagaimana cara untuk memohon penangguhan?
Pengangguhan tidak akan diberikan secara automatik.
Peminjam yang layak perlu membuat permohonan dan pengesahan kendiri (self-declaration) secara dalam talian di Portal Rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my/penangguhanpkp3.0).
Permohonan penangguhan boleh dilakukan mulai 10 Jun hingga 31 Ogos 2021. Peminjam hanya dibenarkan menghantar permohonan sekali sahaja.
Berapakah tempoh penangguhan bayaran balik PTPTN ini akan diberikan?
A. Peminjam tidak terlibat potongan gaji:
Tempoh penangguhan adalah selama 3 bulan bermula pada bulan permohonan dibuat kecuali peminjam yang terlibat dengan potongan gaji. Ringkasan seperti jadual di bawah:
Bulan Memohon | Bulan Diluluskan | Tempoh Penangguhan |
---|---|---|
Jun | Jun | Jun hingga Ogos |
Julai | Julai | Julai hingga September |
Ogos | Ogos | Ogos hingga Oktober |
B. Bagi peminjam yang terlibat dengan potongan gaji:
Tempoh penangguhan bagi peminjam yang terlibat dengan potongan gaji adalah selama 3 bulan bermula pada bulan berikutnya selepas permohonan dikemukakan memandangkan data potongan gaji untuk bulan semasa telah dihantar kepada majikan lebih awal sebelum permohonan penangguhan dibuat oleh peminjam. Ringkasan seperti jadual di bawah:
Bulan Memohon | Bulan Diluluskan | Tempoh Penangguhan |
---|---|---|
Jun | Jun | Julai hingga September |
Julai | Julai | Ogos hingga Oktober |
Ogos | Ogos | September hingga November |
Arahan pembatalan potongan gaji bagi bulan yang diluluskan penangguhan akan dikeluarkan kepada majikan terlibat. Sekiranya majikan masih meneruskan potongan gaji, bayaran balik yang diterima tidak akan dipulangkan (refund).
Maklumat Lanjut
Bagi maklumat lebih lanjut, bolehlah melayari dan hubungi:
Soalan Lazim Mengenai Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN (PKP 3.0)
Hubungi Careline PTPTN 03-2193 3000, Live Chat PTPTN, Eksekutif Pemasaran PTPTN, FB PTPTN atau Twitter PTPTN .
–> Sila baca Kaunter KWSP Dibuka Untuk Perkhidmatan Terpilih Bermula 1 Julai – Janji Temu Online (JTO)