Pemuda UMNO ingin berbincang tuntut pengeluaran i-Citra KWSP
“Kami akan terus bersuara dalam isu ini selain tuntutan rakyat yang lain kerana yang penting akhirnya rakyat yang dibela dan mendapat manfaatnya.”
–> Sila baca Senarai Semua Bantuan Yang Anda Layak ~ cara semakan bantuan 2021
Intipati kenyataan berita
- Pergerakan Pemuda UMNO dijangka mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Datuk Seri Amir Hamzah Azizan minggu hadapan bagi menuntut pengeluaran minimum i-Citra sebanyak RM10,000 secara ‘one off’.
- “(Pemuda UMNO) tidak putus-putus menerima mesej minta saya dan Pemuda UMNO terus perjuangkan isu KWSP i-Citra.” kata Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
- Perbincangan ini termasuklah hasrat rakyat mengenai pengeluaran i-CItra iaitu, dapat RM10,000 secara one-off, bukan RM1,000 secara bulanan dan terhad sehingga RM5,000 sahaja.
- Penambahbaikan skim i-Citra itu menjadi tuntutan utama rakyat khususnya golongan T20 dan M40 yang kini jatuh ke kategori B40 selepas kehilangan pekerjaan kerana terkesan dengan pandemik Covid-19.
- Kerajaan hendaklah menggunakan KWSP untuk memahami keperluan semasa rakyat apatah lagi dua golongan ada masih tercicir daripada insentif kerajaan termasuk Bantuan Khas Covid-19 (BKC).
Sumber: malaysiagazette
Maklumat Lanjut
Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web kerajaan yang sahih di sini.
Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan bantuan di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang bantuan kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan yang boleh didapati di Portal Manfaat.
Layari MyInfoKerja bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.
–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih