Pembinaan Rumah Milik Sendiri Bantuan RM 60,000
Pembinaan Rumah Milik Sendiri Bantuan RM 60,000 – Haruslah mempunyai kebenaran bertulus daripada pemilik tanah untuk mencagar tanah milik pinjaman atau tanah milik keluarga yang terdekat sahaja.
Nilai tanah berdasarkan penilaian daripada pihak Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta yang dicagar tidak kurang daripada jumlah yang dipinjam.
Untuk tanah milikan secara pajakan, berikut ialah syarat yang dikenakan
Mendapat kebenaran daripada Pihak Berkuasa Negeri untuk mencagar tanah
Baki tempoh pajak yang dicagar itu sekurang-kurangnya 40 tahun
Ia turut dikenali sebagai Skim Pinjaman Perumahan. Skim ini adalah untuk golongan yang berpendapatan rendah dengan tujuan untuk membantu gologan terbabit memiliki rumah pertama.
Pembinaan Rumah Milik Sendiri Bantuan RM 60,000
Pembinaan Rumah Milik Sendiri
Berikut adalah syarat kelayakan yang diperlukan oleh pihak kerajaan untuk permohonan
-Berumur 21 dan sehingga 71 tahun
-Bukan kakitangan kerajaan dan pesara kerajaan
-Pemohon haruslah Warganegara Malaysia
-Bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri
-Belum memiliki rumah sendiri
-Pendapatan kasar bulanan haruslah dalam anggaran RM 1,000 hingga RM 3,000
-Mempunyai tanah atas nama sendiri atau milik keluarga
Syarat pinjaman atau pembiayaan yang perlu anda tahu sebelum permohonan adalah seperti berikut
Tempoh maksimum bayaran balik adalah antara 35 tahun sehingga 70 tahun
Had maksimum pinjaman sebanyak RM 60,000 tidak termasuk perlindungan insurans
Perlu ambil perlindungan Insurans daripada panel insurans
Dikenakan 2% caj perkhidmatan ke atas pinjaman
SYARAT PINJAMAN GENERASI KEDUA
-Pendapatan minimum bulanan RM 1,000
-Bukan daripada pekerja kerajaan
-Perlindungan insurans disediakan untuk generasi kedua sahaja
-Pilihan pinjaman dua generasi bagi pemohon yang berumur 45 hingga 70 tahun dengan syarat penama kedua tersebut berumur 25 hingga 35 tahun
-Generasi kedua merupakan anak kandungan kepada pemohon
Semak Juga: Tuntut Pengeluaran Khas Sekarang, KWSP 2.0 2023
Mohon Juga: KWSP Wajar Benarkan Pencarum Keluar Simpanan ikut Keperluan, Kos Sara Hidup Meningkat
Berikut adalah syarat dan info penuh berkaitan pembinaan rumah :
Menggunakan pelan yang disediakan Jabatan Perumahan Negara
Rumah kos rendah yang berkeluasan lantai 700 hingga 1000 kaki persegi yang dilengkapi 3 bilik tidur, 2 bilik air, 1 dapur dan ruang tamu
Kontraktor yang dipilih perlu mengikut kawasan ADUN
Mendapat kelulusan Pelan Pembangunan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sekiranya perlu
Mempunyai perakuan CIDB yang masih sah atau pendaftaran syarikat
Memiliki punca kewangan yang mencukupi dengan had minima kewangan yang telah ditetapkan iaitu RM 5,000
CARA PERMOHONAN
Pembinaan Rumah Milik Sendiri
Pengisian permohonan perlu dilakukan melalui borang. Anda perlu isi semua butiran yang diperlukan
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan, boleh ajukan dan hubungi :
1. Telefon – 03-8000-8000
2. Faks – 03-8891-4269
3. Bahagian Pengurusan Perumahan, Jabatan Perumahan Negara
Join Telegram: https://t.me/portalsemakanmalaysia
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free. Pembinaan Rumah Milik Sendiri Bantuan RM 60,000