Vaksin remaja bawah 18 tahun dibuka untuk walk-in
Pemberian vaksin untuk remaja (PICK-Remaja) secara walk-in akan bermula pada 23 Sept di 156 pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh negara melibatkan semua kategori remaja termasuk yang tidak bersekolah.
–> Sila baca Senarai Semua Bantuan Yang Anda Layak ~ cara semakan bantuan 2021
Intipati kenyataan berita
- Sehingga 20 September, seramai 308,186 remaja telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 dan pecahan seperti berikut:
- Sabah – 118,141
- Sarawak – 88,473
- Kedah – 19,453
- Kelantan – 17,413
- Johor – 16,019
- WP Labuan – 2,523
- Bermula 23 September 2021, 156 pusat pemberian vaksin akan dibuka di seluruh negara untuk Walk-in bagi remaja berumur dibawah 18 tahun.
- Ini adalah termasuk remaja yang tidak bersekolah.
- Remaja yang tidak bersekolah dibenarkan walk-in di PPV yang berdekatan dengan tempat tinggal
- Remaja yang menuntut di IPTA/IPTS yg berumur bawah 18 tahun dibenarkan walk-in di mana-mana PPV yang masih beroperasi.
- Remaja yang telah mendapat tarikh vaksinasi di PPV sekolah tidak dibenarkan walk-in.
- Hanya seorang sama ada ibu atau bapa atau penjaga dibenarkan menemani remaja untuk vaksinasi bertujuan mengelak kesesakan di PPV.
- Untuk melihat lokasi-lokasi pusat pemberian vaksin (PPV) yang berdekatan dengan tenpat tinggal anda, sila klik di sini.
Lihat kenyataan akhbar secara terperinci di sini.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia di Laman Sesawang Twitter
Maklumat Lanjut
Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web kerajaan yang sahih di sini.
Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan bantuan di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang bantuan kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan yang boleh didapati di Portal Manfaat.
Layari MyInfoKerja bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.
–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih