Pembentangan Senarai Bantuan Bajet 2022- 2023
Pembentangan Senarai Bantuan Bajet 2022- 2023 – Seperti sedia maklum, 7hb oktober ini, pihak kerajaan akan membentangkan bajet di bawah tahun 2022 ini untuk Bajet kewangan tahun seterusnya (2023). Akan tetapi, sebenarkan mungkin masih ada di antara kita yang telah terlepas pandang dengan pelbagai jenis insiatif yang diperkenalkan di bawah Bajet 2022 sebelum ini.
Selain Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), berikut adalah senarai inisiatif dan bantuan terlibat. Seperti yang telah dimaklumkan, pihak Kerajaan akan membentangkan Bajet 2023 di Dewan Rakyat pada 7 Oktober ini oleh Menteri Kewangan, Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Dan di bawah ini adalah senarai bantuan yang di terima pada tahun ini 2022.
Semak sini: Bantuan KWSP i-SARAAN RM250 2022
Semak Juga” Tarikh Tutup Terima Bantuan MySalam Sebanyak RM700
Senarai-Senarai Bantuan
Berikut di bawah ini adalah senarai bantuan 2022 yang masih boleh disemak jika ada pemohon yang belum mengetahui bantuan penerimaan bajet 2022 ini. Semak selanjutnya di bawh ini dan patsikan anda baca serta fahami jenis-jenis senarai bantuan 2022 ini. terima kasih”.
Bantuan Tablet Percuma
Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia adalah inisiatif bagi menyediakan peranti (tablet) kepada mahasiswa Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40.
Peranti yang dibekalkan ialah sebuah tablet berjenama Samsung Galaxy Tab A8 LTE dengan disertakan sekali bersama aksesori tulen seperti papan kekunci (keyboard), pen stylus dan casing.
BAP RM150 ‘one-off’
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) melibatkan sumbangan wang tunai sebanyak RM150 secara ‘one-off’ bagi meringankan beban kewangan ibu bapa/penjaga dalam persediaan awal persekolahan. Pembayaran BAP untuk tahun 2022 telah pun selesai.
E-Wallet RM150 ‘one-off’
Senarai Bantuan 2022 Program E-Pemula merupakan sebuah bantuan kewangan berbentukan e-Wallet sebanyak RM150 secara ‘one-off’ kepada para belia berumur 18 hingga 20 tahun dan juga pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.
Tempoh tuntutan kredit tersebut adalah dari 11 April 2022 sehingga 1 Jun 2022 dan kredit tersebut boleh dibelanjakan sehingga 10 Jun 2022.
Pakej Perjalanan My50
Pakej ini adalah pas perjalanan tanpa had selama 30 hari untuk Rapid KL LRT, MRT, Monorail, BRT, bas Rapid KL dan bas perantara MRT di Lembah Klang dengan nilai hanya RM50. Manakala, Pas My50 Mutiara pula menawarkan 30 hari perjalanan tanpa had untuk semua warganegara yang menggunakan servis bas Rapid Penang.
Untuk senarai lengkap bantuan dan inisiatif di bawah Bajet 2022 boleh dirujuk di Portal Laman Khas Bajet – DI SINI.
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.