Pembayaran Permohonan BKM Bujang Fasa 3
Pembayaran Permohonan BKM Bujang Fasa 3. Pembayaran BKM Bujang Fasa 3 dan rayuan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dikreditkan ke dalam akaun penerima mulai 20 September ini secara berperingkat dan dijangka selesai pada 27 September.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan sentiasa mengutamakan kebajikan seluruh Keluarga Malaysia terutama ketika negara berdepan cabaran kenaikan inflasi dan krisis geopolitik yang memberi kesan menyeluruh terhadap rantaian global.
Menurut beliau, pembayaran berjumlah RM2.2 bilion itu akan memanfaatkan seramai 8.7 juta penerima yang terdiri daripada penerima BKM sedia ada kategori isi rumah, warga emas bujang atau tiada pasangan dan bujang serta mereka yang telah lulus rayuan BKM.
“Bagi BKM Fasa 3, setiap penerima BKM sedia ada bakal menerima sehingga RM900. Lebih daripada 80,000 penerima telah diluluskan rayuan BKM dan akan menerima sehingga RM2,350 mengikut kategori kelayakan masing-masing termasuk Bantuan Tunai Tambahan yang diumumkan kerajaan pada Jun lepas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Tarikh Bayaran BKM Bujang Fasa 3
Semakan status tarikh pembayaran bkm bujang ini boleh dibuat mulai 20 September melalui pautan di bawah ini.
Menurut Perdana Menteri, sehingga September ini, sebanyak RM5.9 bilion telah disalurkan kepada penerima BKM melalui fasa pembayaran yang telah ditetapkan dan masih terdapat bayaran Fasa 4 berjumlah RM2.1 bilion yang akan disalurkan kepada mereka yang layak pada Disember 2022.
Cara Semak Status
Berikut adalah cara untuk membuat semakan status BKM:
– Klik Semakan Status
– Log masuk ke bkm.hasil.gov.my
– Klik maklumat pembayaran untuk lihat status pembayaran
– Paparan kelayakan akan ditunjukkan
“Kerajaan kekal komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia terutamanya kumpulan sasar dengan aspek jaringan keselamatan sosial akan terus diberi tumpuan di dalam Bajet 2023,” katanya.
Maklumat Lanjut
Anda boleh layari bkm.hasil.gov.my, Jika ada sebarang pertanyaan maklumat lanjut mengenai pembayaran BKM Fasa 1 hingga Fasa 4 ini.