PEMBAYARAN BPR FASA 2 SECARA TUNAI/BAUCAR – BERMULA ISNIN 17 MEI!

Nombor Baucar BPR Fasa 2 Bagi Penerima Tunai/Tiada Akaun Bank/Gagal Kredit

Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, bayaran BPR fasa 2 akan dikreditkan ke akaun bank penerima yang layak bermula 7 hingga 12 Mei.

Manakala bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah & Sarawak), pembayaran tunai akan dibuat mulai 17 Mei 2021 melalui cawangan BSN.

no baucar bpr fasa 2

Cara Semakan BPR Fasa 2 – Pembayaran Tunai

Cara membuat semakan status adalah seperti berikut:insert_ads-5 show_a

  1. Layari Portal Rasmi BPN iaitu https://bpr.hasil.gov.my/
  2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Nombor MyKad yang didaftarkan.
  3. Tekan butang ‘Semakan Status’.
  4. Jika sistem telah menerima permohonan anda, status ‘Permohonan Diterima’ akan dipaparkan.
  5. Sila klik pada ‘Maklumat Bayaran’ untuk penerangan lanjut.
  6. ‘Dalam Proses Pengkreditan’ = bermakna wang akan dikreditkan melalui akaun bank. Maklumat bayaran / akaun bank anda akan dipaparkan. (LULUS)
  7. Penerima tunai pula akan menerima Nombor Baucer untuk ditebus di BSN.
  8. Jika tiada maklumat di atas, sama ada permohonan anda masih diproses atau jika dipaparkan ‘Alasan’ = akan diterangkan kenapa tidak lulus (TIDAK LULUS)

Antara alasan TIDAK LULUS BPR FASA 2 yang dikongsikan oleh pengguna media sosial adalah seperti berikut:

  • 05 – Maklumat pengenalan pasangan perlu pengesahan
  • 12 – Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad
  • 36 – Pemohon / pasangan adalah penerima GKP
  • 31 – Status perkahwinan perlu pengesahan
  • 39 – Semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi pendapatan kelayakan yang ditetapkan termasuk perniagaan

no baucar bpr fasa 2

Dokumen yang perlu dibawa

Untuk menerima bayaran BPR secara tunai, penerima perlu membawa kad pengenalan ketika hadir ke Cawangan BSN.

Pelanggan juga diminta untuk mempraktikkan penjarakan fizikal sejauh 1 meter dan wajib memakai topeng muka semasa melakukan transaksi perbankan di mana-mana ATM rangkaian MEPS dan di kaunter Cawangan BSN.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pusat Hubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88-1900.

Rayuan bagi yang gagal menerima BPR Fasa 2

Jika anda tidak lulus Fasa 2 tetapi lulus Fasa 1 tanpa alasan yang munasabah, anda juga boleh membuat rayuan dalam tempoh yang ditetapkan oleh LHDN.

Tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 15 hingga 30 Jun 2021. Baca artikel di bawah ini.

–>Sila baca Permohonan Rayuan BPR Fasa 2 Yang Tidak Lulus (Save Tarikh 15-30 Jun 2021!)

–>Sila baca Apa maksud status BPR Fasa 2 anda? – dan cara semakan keputusan

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan info terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan BPR 2021, sila rujuk

  • Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my
  • Hotline BPR LHDNM : 1-800-88-2747
  • Hotline BPR MoF : Hotline BPR MoF
  • E-mel : Hotline BPR MoF

Untuk maklumat lanjut tentang permohonan dan kemaskini maklumat, sila rujuk FAQ (Soalan Lazim) Pembayaran BPR Fasa 2.

Leave a Comment