Pembayaran Bantuan Malaysia Mungkin Akan Dinaikkan berikutan dengan isu kenaikan harga barang yang masih berlarutan, Kerajaan memberi bayangan akan meningkatkan jumlah pemberian Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) pada fasa seterusnya iaitu fasa 3 dan fasa 4.
Menurut Perdana Menteri, langkah ini merupakan usaha kerajaan dalam membantu meringankan beban rakyat yang terkesan khususnya golongan B40.
“Bantuan BKM RM2,600 siapa nak bagi? Kerajaan sekaranglah yang bagi. Kalau dulu, tak pernah berlaku dalam sejarah kerajaan bagi bantuan lebih daripada RM2,000. Kita sekarang bagi RM2,600.
Pada ketika ini, isu rumah golongan B40 menerima bantuan bernilai RM2,600 secara berperingkat.
“Jadi kalau kes harga barang naik lagi dan masih tak selesai, BKM Fasa Ketiga, Fasa Keempat, (jika) ada lagi, mungkin kita akan bagi tambah lagi peruntukan untuk kesenangan rakyat,” katanya.
Pembayaran Bantuan Malaysia Mungkin Akan Dinaikkan
BKM Fasa 2 ditambah baik dengan bantuan tunai tambahan bernilai RM630 juta, menjadikan jumlah peruntukan keseluruhan BKM sebanyak RM8.2 bilion.
Pada 22 Jun lepas Perdana Menteri mengumumkan bantuan tunai tambahan di bawah BKM iaitu RM100 untuk isi rumah dan RM50 bagi golongan bujang setelah kerajaan mengambil kira cabaran kos sara hidup dan kenaikan harga barang makanan kebelakangan ini.
Bantuan Tunai Tambahan BKM 2022
Pembayaran Bantuan Tambahan secara tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan B40 bagi mengurangkan bebanan kos sara hidup dan kenaikan harga barang. Hanya permohonan BKM 2022 yang berstatus Lulus layak Bantuan Tunai Tambahan.
Sebagai makluman, Kerajaan mengumumkan pembayaran bantuan tunai tambahan kepada golongan B40 sebanyak RM100 untuk golongan isi rumah dan RM50 untuk golongan bujang pada Jun yang lalu.
Bantuan ini diberikan dengan mengambil kira cabaran kos sara hidup dan kenaikan harga barang makanan kebelakangan ini.
Sebelum ini, Kerajaan memperuntukkan pembayaran bantuan BKM untuk golongan bujang muda hanya dibawah Fasa 1 dan Fasa 3 sahaja. Namun pada Fasa 2 BKM kali ini, kerajaan memberikan insentif istimewa pada golongan bujang dengan memberi bantuan tunai tambahan.
Bayaran bantuan tunai tambahan ini dibayar dibawah Fasa 2 BKM melibatkan tambahan peruntukan sebanyak RM630 juta.
Setiap penerima yang layak menerima bayaran secara berperingkat mulai 27 Jun yang lalu melibatkan jumlah peruntukan sebanyak RM1.74 bilion.
Semakan BKM 2022
Anda boleh membuat semakan pembayaran bantuan terkini. Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) di portal MyBKM melalui pautan berikut. Klik pautan di bawah yang kami sediakan.
Perhatian – Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan dari sumber official yang sahih.
Lihat Juga : Punca Inflasi Malaysia & Kesan Terhadap Negara
Lihat Juga : Syarat & Cara Tuntut Bantuan Khairat Kematian