Peluang mohon Bantuan TUNAS RM50 setiap bulan,Pendapatan bawah RM3,000

Peluang mohon Bantuan TUNAS RM50 setiap bulan,Pendapatan bawah RM3,000

Peluang mohon Bantuan TUNAS RM50 setiap bulan,Pendapatan bawah RM3,000 – Bantuan yang dikenali sebagai Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) yang melibatkan pemberian RM50 setiap bulan kepada mereka yang layak. Program ini secara asasnya bertujuan membantu meringankan beban ibu bapa membayar yuran TADIKA anak-anak.

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh kerajaan sama ada melalui peringkat Negeri mahupun Persekutuan bagi membantu mereka yang layak.

Bantuan ini akan disalurkan terus kepada Tabika yang mempunyai sijil pendaftaran daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), dan Jabatan Perpaduan Negara (JPN).

BACA JUGA: Ini Respon KWSP 2.0: Akhirnya KWSP Jawab Isu Pengeluaran

Syarat-syarat Kelayakan Peluang mohon Bantuan TUNAS RM50 setiap bulan,Pendapatan bawah RM3,000;

-Pemohon mestilah warganegara Malaysia
-Pemohon mestilah sama ada:
-Ibu atau bapa yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor;
-Atau anak yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor;
-Atau ibu dan bapa yang bermastautin di Selangor secara sah sekurang-kurangnya 5 tahun. Perlu mendapat pengesahan bermastautin daripada Ketua Kampung / Penghulu / Pengerusi Taman Perumahan / Senator / ADUN / Ahli Majlis Pihak
-Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal;
-Pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah;
-Suami dan isteri bekerja atau tidak bekerja;
-Anak yang berumur 5 dan 6 tahun sahaja;
-Untuk anak yang belajar di TADIKA BERDAFTAR sahaja (Senarai DI SINI)

Peluang mohon Bantuan TUNAS RM50 setiap bulan,Pendapatan bawah RM3,000

Kepada yang memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonan bantuan kewangan ini boleh dikemukakan secara atas talian (online) melalui Portal Rasmi TUNAS. Selepas itu, pemohon perlu mencetak Borang Permohonan yang lengkap diisi dan dilampirkan bersama:

1. Salinan Sijil Lahir / Mykid Anak;
2. Salinan MyKad Ibu;
3. Salinan MyKad Bapa;
4. Salinan Perakuan Anak Angkat / Sijil Kematian / Sijil Cerai (Jika Perlu);
5. Salinan Slip Gaji / Surat Akuan Pengesahan Pendapatan IBU Sekiranya Ibu Tidak Bekerja *Perlu pengesahan oleh Penghulu /Ketua Kampung / Ketua Taman Perumahan / Ketua Masyarakat;
6. Salinan Slip Gaji / Surat Akuan Pengesahan Pendapatan BAPA sekiranya Bapa Tidak Bekerja*Perlu pengesahan oleh Penghulu /Ketua Kampung / Ketua Taman Perumahan / Ketua Masyarakat;
7. Cop Pengesahan Tadika Tempat Anak Belajar;
8. Bagi Pemohon Yang Bukan Kelahiran Selangor, Berikut Adalah Dokumen Tambahan Yang Perlu Dilampirkan
9. Salinan Bil Air / Bil Elektrik / TM / ASTRO / Muka Depan Buku Merah ibu;
10. Cop Pengesahan Bermastautin(Bagi Permohonan Baru Sahaja)

Dokumen itu hendaklah dihantar dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pendaftaran atas talian dilakukan ke emel [email protected] atau ke alamat:

Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas),
Aras 5, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7
Persiaran Kayangan
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Peluang mohon Bantuan TUNAS RM50 setiap bulan,Pendapatan bawah RM3,000

Bantuan TUNAS

Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free. – Peluang mohon Bantuan TUNAS RM50 setiap bulan,Pendapatan bawah RM3,000

Leave a Comment