Pelepasan 5 hari kepada pelajar IPT pulang mengundi
Pelepasan 5 hari kepada pelajar IPT pulang mengundi – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersetuju memberi pelepasan selama lima hari bermula 17 November ini kepada pelajar untuk pulang menunaikan tanggungjawab masing-masing sebagai pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Menurut surat bertarikh 21 Oktober itu, tarikh pelepasan bermula dari 17 hingga 21 November itu adalah tempoh yang mencukupi buat pelajar untuk membuat perjalanan pergi dan balik dari lokasi mengundi.
Perkara itu disahkan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Prof Datuk Dr Husaini Omar selepas surat edaran mengenai pelepasan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) untuk pulang mengundi yang ditandatanganinya tular di media sosial hari ini.
Beliau ketika dihubungi Bernama hari ini memaklumkan surat berkenaan telah diedarkan kepada semua IPT awam dan swasta termasuk Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti untuk tindakan lanjut.
BACA JUGA INFO: Tarikh Permohonan Tablet Percuma Untuk B40
pelajar IPT pulang mengundi
“Surat tersebut adalah edaran kepada semua IPT bagi memberi pelepasan kepada pelajar untuk mengundi berdasarkan Undi 18. Kenyataan media berhubung perkara ini akan dikeluarkan nanti,” katanya.
Menurut surat bertarikh 21 Oktober itu, tarikh pelepasan bermula dari 17 hingga 21 November itu adalah tempoh yang mencukupi buat pelajar untuk membuat perjalanan pergi dan balik dari lokasi mengundi.
Surat berkenaan turut menyatakan semua kelas dan aktiviti pelajar semasa tempoh tersebut hendaklah ditangguhkan dan diadakan ke suatu tarikh lain.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRU15 pada 19 November, dengan penamaan calon ditetapkan pada 5 November manakala pengundian awal pada 15 November.
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free. – pelajar IPT pulang mengundi