Iklan Jawatan Kosong Kerajaan Pelbagai Jawatan
Isi Kekosongan Secara Online di Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB)
Rakyat Malaysia yang berkelayakan dan ingin membina kerjaya di Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) bolehlah mengisi kekosongan di syarikat ini secara atas talian (online) di laman web rasmi Jobstreet mereka. Kekosongan yang tersedia adalah:
- LITIGATION OFFICER
- RISK MANAGEMENT MANAGER
- EXECUTIVE BUSINESS NETWORK/BUSINESS STRATEGIC PLANNING
- PROCESSING OFFICER
- DAN LAIN-LAIN
Syarat Lantikan Jawatan
Calon yang mempunyai kelayakan dan berhasrat untuk bekerja di Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) ini hendaklah membaca syarat-syarat kelayakan dengan teliti bagi setiap jawatan kosong yang dimohon. Ini adalah kerana, syarat-syarat kelayakan adalah berbeza-beza bagi setiap jawatan yang dimohon.
Di samping itu, calon juga mestilah mempunyai ciri-ciri berikut:
- Berkelayakan akademik yang disyaratkan (contohnya: Ijazah Sarjana Muda, Sijil Tinggi Persekolahan seperti SPM, STPM, “A” Level)
- Mempunyai minat untuk bekerjaya
- Mempunyai kemahiran interpersonal dan komunikasi yang baik
- Berpengetahuan dalam bidang jawatan kosong yang dipohon
Antara kelebihan bekerja dengan syarikat ini adalah seperti yang tertera:
- Gaji dengan pelbagai imbuhan (bonus),
- Cuti tahunan,
- Cuti sakit, dan
- Lain-lain
Contohnya, bagi jawatan kosong INTERNATIONAL BUSINESS VENTURE EXECUTIVE, syarat kelayakan dan bidang kerja adalah seperti dibawah:
- Ijazah Sarjana Muda dalam Perniagaan, Ekonomi, Perakaunan, Pemasaran atau setaraf
- Pengalaman minimum 3 tahun sebagai penganalisis dari aspek ekonomi, kewangan, pasaran dan industri.
- Mahir dalam Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris (lisan dan tulisan).
- Pemain pasukan yang berkebolehan bekerja dengan pengawasan minimum, mempunyai etika kerja yang baik, berinisiatif dan mempunyai keperibadian yang menyenangkan dan suka bertemu orang.
- Kemahiran persembahan yang sangat baik dan biasa dengan Microsoft Office
- Pendekatan berorientasikan pasukan dengan kemampuan dan keinginan untuk belajar secara bebas
- Celik komputer.
Bidang kerja:-
- International Business Venture Executive akan menjadi Pegawai Bertanggungjawab bagi syarikat yang dikenal pasti.
- Bertanggungjawab ke atas portfolio syarikat.
- Untuk membantu dan bekerjasama dengan syarikat-syarikat yang dikenal pasti dalam mengembangkan Pelan Strategik ke arah Pengembangan Global.
- Untuk berkolaborasi dengan perkhidmatan profesional dan pasukan sokongan lain untuk memastikan pelaksanaan yang berjaya.
- Untuk membantu dalam mencari, menemui dan meneroka peluang, kemungkinan tawaran perniagaan & bakal rakan niaga.
- Melakukan tinjauan Perniagaan secara berkala.
- Untuk membantu mengenal pasti dokumentasi yang diperlukan untuk pengembangan antarabangsa.
- Untuk membantu menyediakan peluang rangkaian
- Untuk bekerjasama dengan pelbagai kementerian dan agensi, institusi kewangan, pakar dan pihak yang berkaitan, baik di dalam dan luar negara untuk pengembangan syarikat ke peringkat antarabangsa.
Cara-Cara Memohon
Jawatan-jawatan ini boleh dimohon secara atas talian (online) di laman rasmi Jobstreet company rasmi (official).
Calon perlulah mendaftar akaun di laman web Jobstreet terlebih dahulu sebelum melakukan permohonan bagi calon yang belum pernah lagi mendaftar akaun Jobstreet.
Peringatan bahawa calon yang tersenarai pendek (shortlisted) sahaja yang akan dihubungi oleh syarikat.
Sila tekan link pautan di sini untuk memohon jawatan ini dan pilih jawatan yang hendak dimohon.
Sila tekan link pautan di sini pula untuk mengetahui profil company ini.
Pelbagai Jawatan Kosong Kerajaan di Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) ~ Mohon Online Sebelum 19 April!
Lokasi kekosongan: Kuala Lumpur
Tarikh tutup permohonan: 19 April 2021
Baca juga: SEMAKAN DAN PERMOHONAN GKP 3.0 GERAN KHAS PRIHATIN 3.0 di sini.
Selamat maju jaya!