Jawatan Kosong di Seluruh Negara SPA9
Permohonan Terbuka SPA9 Jawatan
Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ membuka peluang pekerjaan kepada Warganeraga Malaysia yang ingin membina kerjaya di seluruh negara sebagai pegawai kerajaan. Calon yang berkelayakan diseru untuk menghantar permohonan jawatan kosong ini melalui cara-cara yang ditetapkan.
Antara jawatan yang dibuka adalah seperti yang berikut:
- Pemeriksa Kereta Motor AB19
- Pembantu Penguat Kuasa Gred KP19
- Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29
- Pegawai Penguatkuasa Gred KP41
Syarat Lantikan Jawatan
Para calon yang hendak mengisi jawatan sebagai pegawai kerajaan di Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ hendaklah membaca syarat-syarat lantikan jawatan dengan teliti seperti di bawah:
- Warganegara Malaysia,
- Calon hendaklah berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan,
- Memiliki sekurang-kurangnya kelayakanakademik dan kemahiran sebagaimana jadual di bawah
- Mempunyai minat untuk bekerjaya
- Mempunyai kemahiran interpersonal dan komunikasi yang baik
- Berpengetahuan dalam bidang jawatan kosong yang dipohon
Calon yang mempunyai kelayakan dan berhasrat untuk bekerja di jabatan ini hendaklah membaca syarat-syarat kelayakan dengan teliti bagi setiap jawatan kosong yang dimohon. Ini adalah kerana, syarat-syarat kelayakan adalah berbeza-beza bagi setiap jawatan yang dimohon.
Oleh itu, syarat bagi jawatan Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29 adalah seperti yang berikut:
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,493.00);atau - Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,493.00);atau - Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Sarjan atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta menpunyai rekod perkhidmatan yang baik.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,493.00); - Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,770.95). - Diploma dalam bidang undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,846.15).
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Syarat lantikan untuk kegunaan di Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia:
- Sijil Veterinar/Sijil Pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,493.00);atau - Diploma dalam bidang perikanan, pertanian hortikultur, pemakanan, teknologi makanan, kesihatan haiwan, penternakan atau sains veterinary yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP29: RM1,846.15).
- Sijil Veterinar/Sijil Pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- dan mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pacaindera seperti yang berikut:
- tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
- berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
- mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
- mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
- lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
- pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
- diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
Cara-Cara Memohon
Sila baca kriteria yang ditetapkan terlebih dahulu sebelum memulakan permohonan.
Permohonan untuk jawatan diatas dibuka sepanjang tahun.
Semua permohonan jawatan hendaklah dibuat melalui sistem Online SPA melalui pautan dibawah.
Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.
Para pemohon boleh membaca iklan penuh jawatan kosong ini di laman web di bawah ini:
- Syarat Kelayakan & Gaji Pemeriksa Kereta Motor AB19
- Syarat Kelayakan & Gaji Pembantu Penguat Kuasa Gred KP19
- Syarat Kelayakan & Gaji Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29
- Syarat Kelayakan & Gaji Pegawai Penguatkuasa Gred KP41
HANYA CALON YANG DISENARAI PENDEK AKAN DIPANGGIL TEMUDUGA.
Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan/ panggilan selepas satu (1) bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.
Sila juga baca: SEMAKAN SPA9 DAN CARA MEMBUAT PERMOHONAN TAHUN 2021 di sini!
Mohon Pelbagai Jawatan Kosong 2021 di Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ Seluruh Negara!
Lokasi kekosongan: Seluruh Negara
Tarikh tutup permohonan: Terbuka Sepanjang Tahun
Baca 190 Jawatan Kosong RHB Banking Group – Pengambilan Segera Seluruh Negara! di sini.
Selamat maju jaya!