TERKINI: Pelanjutan Program i-Sinar, i-Lestari Dibincangkan – Menteri Kewangan

Isu Semasa: i-Sinar dan i-Lestari akan disambung?

Bantuan kepada rakyat dan perniagaan

Menteri Kewangan, Tengku Dato’ Sri Zafrul bin Tengku Abdul Aziz mengumumkan bahawa beliau telah membuat perbincangan dengan pihak KWSP dan Bank Negara berkenaan isu i-Lestari, i-Sinar dan moratorium automatik untuk membantu rakyat hadapi cabaran Covid-19.

“Kita adalah antara negara terawal di dunia memperkenalkan inisiatif sebegini. Pada mulanya digasak oleh suara-suara yang membangkang,” jelasnya di media sosial Facebook beliau.

Beliau menyuarakan tentang mengembalikan inisiatif bagi membantu rakyat dan perniagaan.

Jelasnya, dengan hadirnya Pelan Pemulihan Negara, inilah masa yang tepat untuk kita kembalikan inisiatif sebegini bagi membantu rakyat dan perniagaan. Kerajaan tidak pernah putus-putus membantu rakyat dan sentiasa berusaha memikir solusi bersama.

Berikutan isu moratorium dan i-Sinar, beliau berkata, “Saya sudah berbincang dengan PM dan agensi-agensi berkaitan. Kerajaan mendengar suara rakyat dan bantuan yang wajar akan diumumkan dalam masa terdekat, InsyaAllah.”

Pada 31 Mei, Perdana Menteri telah mengumumkan RM40 bilion pakej bantuan bagi rakyat mendepani perintah sekatan penuh PKP 3.0.

Sebelum ini, kerajaan telah melancarkan beberapa pakej bantuan ekonomi dengan nilai keseluruhan RM340 bilion.

Bagi maklumat lanjut, sila ikuti laman Facebook rasmi Kementerian Kewangan Malaysia.

Screenshot 11bijakkwsp1 1607004902 1

–> Sila baca TERKINI: PEMERKASA Bantuan RM500 ‘one-off’ untuk golongan B40 – permohonan & tarikh bayaran

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment