RM34.05 bilion pendapatan KWSP dalam bulan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meraih pendapatan pelaburan lebih tinggi RM34.05 bilion untuk separuh pertama berakhir 30 Jun 2021, melonjak RM6.79 bilion atau 25 peratus berbanding RM27.26 bilion bagi tempoh yang sama tahun lalu.
–> Sila baca Senarai Bantuan Kerajaan Oktober 2021 – tarikh bayaran & cara permohonan
Intipati kenyataan berita
- Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata, prestasi kukuh yang dicapai pada separuh pertama 2021 dipacu oleh pemulihan progresif di pasaran ekuiti dan kebanyakan kelas aset yang lain, tatkala pasaran global mengalami kebangkitan semula.
- “Pelaksanaan program vaksin COVID-19 yang sedang giat dijalankan, di samping pembukaan semula sektor ekonomi telah meningkatkan prestasi ekuiti di pasaran maju.
- “Bagaimanapun, prestasi ekuiti di pasaran baru muncul adalah lebih lembap berikutan peningkatan kes COVID-19 di beberapa negara di Asia Tenggara dan disusuli oleh kejatuhan harga saham yang ketara akibat tindakan pihak berkuasa China yang mengetatkan peraturan ke atas sesetengah sektor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
- Instrumen Pendapatan Tetap terus menyumbang pendapatan yang stabil sebanyak RM5.28 bilion atau 36 peratus kepada jumlah pendapatan pelaburan kasar pada suku dikaji, lebih rendah berbanding RM6.17 bilion yang dicatatkan pada suku sama tahun lalu, berikutan pengurangan keuntungan dagangan, selaras dengan kadar faedah yang lebih tinggi.
- Hartanah dan Infrastruktur dan instrumen Pasaran Wang, pula masing-masing mencatatkan pendapatan RM1.4 bilion dan RM200 juta.
- Amir Hamzah berkata, kepelbagaian pelaburan KWSP dalam pelbagai kelas aset, pasaran dan mata wang yang berbeza terus memberikan kestabilan pendapatan dan menyumbang nilai tambah kepada pulangan keseluruhan.
- Setakat akhir Jun 2021, katanya, aset pelaburan KWSP adalah berjumlah RM989.14 bilion, yang mana 37 peratus adalah pelaburan di luar negara.
Maklumat Lanjut
Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web kerajaan yang sahih di sini.
Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan bantuan di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang bantuan kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan yang boleh didapati di Portal Manfaat.
Layari MyInfoKerja bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.
–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih