Paralimpik Tokyo 2020: Atlet Ukraine merampas pingat Emas Ziyad dalam acara lontar peluru

Paralimpik Tokyo 2020: Ziyad yang telah berjaya memecahkan rekod dunia untuk sukan lontar peluru tewas dengan protes Ukraine

ATLET paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli, terlepas pingat emas apabila kemenangannya dibatalkan selepas dia dianggap tersingkir hanya kerana dikatakan lewat masuk ke call room sebelum pertandingan dimulakan.

–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih

ziyad

Inti pati berita Paralimpik Tokyo 2020 bagi Ziyad adalah seperti berikut:

  • Jaguh lontar peluru negara, Muhammad Ziyad Zolkefli menunaikan janjinya dengan bergaya apabila menghadiahkan pingat emas kedua buat negara pada Temasya Paralimpik Tokyo 2020, sebentar tadi.
  • Beraksi dalam acara lontar peluru F20, atlet berusia 31 tahun itu jelas berada dalam kelas tersendiri selepas memecahkan rekod dunia miliknya hanya pada lontaran akhirnya apabila mencatat 17.94 meter (m).
  • Sementara itu, atlet dari Ukraine, Maksym Koval berada di tempat kedua dibawah rekod Ziyad dengan catatan 17.34m
  • Namun begitu, laman rasmi Olimpik Tokyo 2020 telah mengumumkan pingat emas tersebut kepada Maksum Koval hanya kerana protes Ukraine bahawa Ziyad telah terlewat ke “call room”

“Seluruh rakyat Malaysia pastinya amat kecewa dengan ketidakprofessionalisme Paralimpik Tokyo mengendalikan hal ini. Sesungguhnya tidak mudah bagi Ziyad untuk memecahkan rekod dunia, dan dirampas begitu sahaja.”

Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan berkata di laman sosial twitternya, “Ini adalah keputusan yang memalukan. Aib mutlak yang bertentangan dengan semangat Paralimpik. Sekiranya itu adalah pelanggaran ruang panggilan, anda seharusnya tidak membenarkan mereka bertanding di pada awalnya. Bererti bersemangat dan kecil. Pingat emas dan rekod dunia yang dicuri.”

 

Maklumat Lanjut

Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web Olimpik Malaysia di sini.

Layari MyInfoKerja bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.

–> Sila baca Permohonan i-Citra KWSP Pengeluaran RM5,000 ~ tarikh permohonan dan pembayaran

 

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment