Parah jika wang susut masa muda! elak pengeluaran demi hari tua, KWSP bukan ubat tahan sakit

Parah jika wang susut masa muda! elak pengeluaran demi hari tua, KWSP bukan ubat tahan sakit

Parah jika wang susut masa muda! elak pengeluaran demi hari tua, KWSP bukan ubat tahan sakit. wang susut masa muda

Adakah wajar pengeluaran KWSP dibuat oleh golongan muda? wang susut masa muda

Semua tahu terdapat beberapa jenis pengeluaran KWSP yang dibenarkan. Pengeluaran dimaksudkan di sini adalah secara one-off daripada Akaun satu. Ketika pandemik Covid-19 melanda, ada golongan muda terkesan dengan kehilangan pekerjaan dan perlu menampung kos sara hidup mereka. wang susut masa muda

KWSP bukan ubat tahan sakit , elak pengeluaran demi hari tua, Parah jika wang susut masa muda!

ANDAI kata ada yang terlupa, pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) disarankan untuk mempunyai kuantum simpanan asas sebanyak RM240,000 ketika mencapai umur 55 tahun.

Angka itu dicongak sebagai jumlah simpanan minimum yang diperlukan untuk menampung keperluan asas persaraan selama 20 tahun sehingga mencapai usia 75 tahun selaras dengan jangkaan jangka hayat rakyat Malaysia.

Persoalannya sekarang, mampukah kita mencapai sasaran itu setelah kerajaan membenarkan empat pusingan pengeluaran KWSP sebelum ini menerusi pelbagai jenama iaitu i-Lestari, i-Sinar, i-Citra dan Pengeluaran Khas?

Semak sini: Pengeluaran Simpanan ASB Secara Online myASNB – Cara Buat

Semak juga: Pendapatan suami bawah RM5,000 Mohon Bantuan IKPP RM250

KWSP bukan ubat tahan sakit , elak pengeluaran demi hari tua, Parah jika wang susut masa muda!

wang susut masa muda

Faiz aktif memberi ceramah berkaitan kewangan.

Bagi sesetengah pihak, KWSP dilihat sebagai talian hayat yang berfungsi sebagai simpanan tunai kecemasan untuk digunakan dalam menangani kos sara hidup semasa.

Adakah generasi muda bakal berdepan kesan jangka panjang dari segi ekonomi dan sosial sekiranya caruman KWSP dibenarkan keluar sekali atau beberapa kali lagi?

Perancang kewangan berlesen, Faiz Wahab, meluahkan keraguannya tentang penyelesaian bersifat sementara seperti ‘painkiller’ itu.

Faiz juga merupakan ahli Majlis Perancangan Kewangan Malaysia.

Maka ia adalah salah satu langkah yang terpaksa diambil untuk meneruskan kelangsungan hidup. Walaubagaimanapun, selepas keadaan ekonomi kembali stabil dan peluang pekerjaan dibuka semula, pengeluaran one-off ini dilihat bukanlah satu langkah yang baik.

Ia akan membebankan kita apabila mencapai umur bersara kelak apatah lagi jika pengeluaran ini bukan untuk tujuan mendesak.

xApa kesan jangka panjang jika simpanan KWSP terus ‘ditebuk’?

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, KWSP adalah bagi tujuan persaraan. Jika kita menggunakan simpanan ini sekarang sebelum tiba waktunya, ia ibarat kita ‘mencuri’ duit persaraan kita sendiri.

Akibatnya tidak dilihat sekarang, tetapi ia akan memberi kesan pada jangka masa panjang.

Pengeluaran KWSP pasca pandemik Covid-19 dibenarkan kerajaan bagi membantu aliran tunai pencarum.

Hakikatnya bagi ramai rakyat Malaysia, ramai yang tidak mempunyai simpanan persaraan mencukupi.

Keadaan ini akan menjadi lebih parah apabila kita menggunakan KWSP pada usia muda.

Jadi jika tidak ada keperluan mendesak, maka dinasihatkan untuk tidak menggunakan simpanan KWSP.

Bagaimana pula dengan cadangan KWSP dijadikan cagaran pinjaman bank, adakah ia satu langkah baik?

KWSP bukan ubat tahan sakit , elak pengeluaran demi hari tua, Parah jika wang susut masa muda!

Cagaran KWSP ini masih di peringkat cadangan dan belum dilaksanakan. Kita perlu menilai secara menyeluruh jika ia dilaksanakan kelak.

Antara perkara boleh kita fokuskan adalah bagaimana cagaran ini boleh merendahkan kadar faedah dikenakan dan boleh membantu mereka yang memerlukan bagi mendapatkan pinjaman bercagar ini.

Wajarkah KWSP meningkatkan kadar pengeluaran daripada Akaun 2 khusus untuk menunaikan haji?

Pengeluaran untuk menampung kos bergantung kepada individu kerana setiap orang mempunyai situasi yang berbeza-beza.

Sebagai contoh seorang yang masih muda dan mampu untuk menyimpan setiap bulan, maka dia boleh untuk tidak menggunakan KWSP bagi tujuan menunaikan haji.

KWSP adalah simpanan bagi menampung keperluan asas persaraan.

Walaubagaimanapun, jika seseorang agak berumur dan tidak mempunyai kemampuan untuk menyimpan bagi tujuan menunaikan haji, tidak ada masalah untuk menggunakan KWSP bagi tujuan ini.

Akan tetapi, individu ini perlu menilai risiko yang akan ditanggung apabila menggunakan simpanan KWSP ke atas kebolehupayaan simpanannya menanggung kehidupannya selepas bersara.

Apa perlu dilakukan untuk pulihkan aliran tunai?

wang susut masa muda

Keadaan simpanan menyusut ini berlaku kerana ada defisit dalam aliran tunai seseorang. Defisit ini boleh berlaku jika perbelanjaan melebihi pendapatan semasa.

Maka dalam keadaan ini, individu tersebut perlulah menilai semula perbelanjaan semasa dan mengurangkan perbelanjaan-perbelanjaan yang kurang mustahak.

Jika tidak ada perbelanjaan yang dapat dikurangkan, maka kaedah seterusnya adalah dengan meningkatkan pendapatan semasa.

Pencarum KWSP disarankan untuk mempunyai kuantum simpanan asas sebanyak RM240,000 ketika mencapai umur 55 tahun.

Apakah persediaan yang perlu dilakukan sebelum bersara?

Adalah penting bagi kita untuk menyelesaikan kebanyakan hutang-hutang sebelum umur persaraan.

Ini bagi memastikan komitmen bulanan selepas bersara adalah lebih rendah. Selain itu pada umur yang lanjut, kita sering terdedah dengan risiko ditimpa masalah kesihatan yang memerlukan perbelanjaan yang agak besar.

Oleh itu, bagi golongan masih muda, dinasihatkan untuk mendapatkan perlindungan insurans atau takaful yang mencukupi terutamanya bagi menampung perbelanjaan perubatan di usia persaraan.

Jadi, untuk mereka yang masih belum mencapai usia persaraan, anda masih mampu untuk membina tabung persaraan agar anda dapat bersara dengan keadaan yang selesa.

Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.

– KWSP bukan ‘ubat tahan sakit’, elak pengeluaran demi hari tua, Parah jika wang susut masa muda!Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami.

Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.

– KWSP bukan ‘ubat tahan sakit’, elak pengeluaran demi hari tua, Parah jika wang susut masa muda!

Sumber : www.mstar.com

Leave a Comment