Pakar cadang wajibkan caruman KWSP, PERKESO pada umur 18 tahun

Pakar cadang wajibkan caruman KWSP, PERKESO pada umur 18 tahun

Pakar cadang wajibkan caruman KWSP, PERKESO pada umur 18 tahun – Pada akhir 2022, 6.7 juta ahli KWSP atau 52 peratus daripada kumpulan umur di bawah 55 tahun mempunyai simpanan di bawah RM10,000.

Goh berkata, dengan kekangan fiskal negara dan keperluan untuk mengekalkan bakat tempatan, pihaknya menjangkakan kerajaan akan lebih bersasar dalam subsidi dan program bantuan sosialnya, dengan rancangan untuk menaikkan umur persaraan wajib daripada 60 tahun pada masa ini.

Katanya, sebagai perbandingan, umur persaraan di Singapura iaitu 63 tahun pada masa ini akan dinaikkan kepada 65 tahun menjelang 2030 dan bekerja semula daripada 68 tahun kepada 70 tahun.

Pakar cadang wajibkan caruman KWSP, PERKESO pada umur 18 tahun

Goh berkata, pada masa ini, liputan perlindungan sosial di Malaysia adalah sempit dan tidak mencukupi dengan hanya 9.1 peratus (6.1 peratus daripada insurans sosial dan tiga peratus daripada bantuan sosial) penerima yang dimaksudkan dilindungi pada 2015, berbanding purata 55.1 peratus untuk Asia dan 12.8 peratus untuk dunia.

Beliau berkata, liputan perlindungan sosial Malaysia mempunyai jurang yang besar dengan tahap penyertaan tenaga kerja wanita yang rendah dan peningkatan aliran pekerjaan tidak formal, tidak standard dan bekerja sendiri.

“Ini membawa kepada kehilangan perlindungan ‘pertengahan’ dengan 61 peratus daripada kumpulan umur bekerja tidak dilindungi oleh mana-mana skim caruman wajib manakala 30 peratus daripada penerima yang dimaksudkan tidak menerima sebarang bantuan sosial,” katanya.

Pakar cadang wajibkan caruman KWSP, PERKESO pada umur 18 tahun

Pakar cadang wajibkan caruman KWSP, PERKESO pada umur 18 tahun

Semak Juga: KWSP 2023 Pengeluaran yang Bakal Dibenarkan

Mohon Juga: Cara Mohon Bantuan Aidilfitri Tahun 2023

Pakar cadang wajibkan caruman KWSP, PERKESO pada umur 18 tahun

Pakar ekonomi dan kajian sosial mencadangkan sumbangan mandatori atau pendaftaran automatik dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi warga negara yang mencapai umur 18 tahun.

Ia adalah cadangan untuk memastikan perlindungan sosial rakyat di negara ini mencukupi yang merangkumi perlindungan persaraan dan hari tua, kecederaan dan kemalangan di tempat kerja, pengangguran dan pengurangan pendapatan.

Cadangan itu dikemukakan Pengarah Pusat Penyelidikan Kesejahteraan (SWRC) Universiti Malaya, Datuk Prof Emeritus Dr Norma Mansor pada webinar bertajuk ‘Social Protection Policies for an Ageing Society’ anjuran AmInvestment Bank.

“Norma mengesyorkan pengukuhan insurans sosial dengan caruman mandatori KWSP dan PERKESO atau pendaftaran automatik bagi setiap warga negara apabila mencapai umur 18 tahun sambil ‘ringfencing’ (peruntukan khusus) dana (dijana) melalui cukai atau endowmen,” kata Penganalisis AmInvestment Bank, Alex Goh dalam nota penyelidikannya.

Pakar cadang wajibkan caruman KWSP, PERKESO pada umur 18 tahun

Goh berkata, pada webinar itu, Norma turut menyokong pengenalan pencen hari tua asas (pendapatan bulanan untuk semua yang berumur 70 tahun atau lebih) dan penyatuan semua program bantuan sosial hari tua ke tingkat perlindungan, dibiayai melalui dana perpaduan.

Beliau berkata, Norma juga mengesyorkan campur tangan pasaran pekerjaan untuk menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan bagi warga tua, meningkatkan umur persaraan wajib mengikut jangka hayat dan memupuk celik kewangan dari usia muda untuk perancangan persaraan yang mantap.

Pada webinar itu, Norma yang pernah menjadi Setiausaha Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), Jabatan Perdana Menteri (2009 hingga 2011) berpandangan bahawa perlindungan sosial Malaysia pada masa ini adalah berdasarkan model kebajikan yang menyasarkan kumpulan miskin, yang mana ia harus bergerak ke arah struktur pembangunan strategik.

Beliau berkata, dengan itu, ia akan meningkatkan pertumbuhan kerana penduduk cenderung lebih giat dan bersedia mengambil risiko dengan jaringan keselamatan yang munasabah disediakan.

Join Telegram: https://t.me/portalsemakanmalaysia

Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.  Pakar cadang wajibkan caruman KWSP, PERKESO pada umur 18 tahun

Leave a Comment