Pak Long Legend Kacau Air Guna Drill Dinding Raih Perhatian Ramai

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang peniaga mempumyai cara tersendiri untuk kacau tin susu mencuri perhatian ramai.

Untitled

Menjadi seorang peniaga bukanlah satu perkara yang mudah apatah lagi yang berniaga makanan dan sudah pasti, ‘masa’ merupakan elemen yang sangat penting dalam sesebuah perniagaan.

Sebagai peniaga, kita perlu mencari benda yang mudah, cepat, ringkas dan jimat kos. Ini kerana, ia dapat hasilkan banyak benda dalam masa yang singkat.

Jika dilihat dari segi inovasi, sudah pasti ianya merupakan idea yang sangat bernas untuk mudahkan kerja peniaga untuk hasilkan air yang dalam kuantiti yang banyak.

Menerusi video yang dimuat naik olehnya di laman TikTok @axixan_3737, seorang lelaki atau dikenali sebagai Pak Long kacau tin susu guna drill dinding di kedai beliau.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memberikan pandangan masing-masing bahkan sempat berseloroh mengatakan mungkin dahulu peniaga tersebut merupakan bekas pomen.

Pun begitu, ada juga yang memberikan pandangan dari perspektif yang berbeza dimana menanggap ianya tidak bagus untuk kesihatan disebabkan kebersihan drill tersebut. Habuk carbon dari drill tersebut risau termasuk ke dalam air dan menyebabkan kekotoran penyakit dan sebagainya.

“Apabila bekas pomen, bertukar bidang jadi berniaga.”- Netizen

Bukan itu sahaja, ada juga yang berkongsi pengalaman pernah pergi ke kedai tersebut dan merasakan sendiri air yang dibuat oleh Pak Long

Antara komen warga maya:

“Betul2 berfikir di luar kotak ni pak long.. sempoii”

ss

Sumber : yoy

 

Leave a Comment