“Ini orang paling sibuk dalam rumah,” – [VIDEO] Gelagat Rina rajin lap lantai buat ramai terhibur
Berd4rah kacukan Melayu Korea, Instagram Maryam dan suami juga sering menjadi tumpuan netizen gara-gara mahu melihat gelagat comel kanak-kanak tersebut.
Sudah lebih setahun pempengaruh, Maryam Younarae atau lebih dikenali sebagai Maryam Durian Kimchi menyambut kehadiran cahaya mata pertama, Rina. Pastinya, pelbagai rasa bahagia mendakap jiwa Maryam bersama suami tercinta, Ryzal Ibrahim.
Apa yang mencvri perhatian, Rina kemudian menggunakan kain tersebut untuk mengelap lantai di sekitar ruang rumah, sambil diperhatikan oleh Maryam yang ‘geli hati’ melihat gelagat anaknya itu.
Baru-baru ini menerusi laman Instagram rasmi miliknya, Maryam berkongsi satu rakaman yang memaparkan gelagat Rina yang dilihat memegang sehelai kain.
Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 14.3k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata teruja dengan gelagat comel Rina.
“Siapa suruh awak lab lantai. Mana budak yang umur 13bulan lab lantai..aduhaiiiiiii,” tulis Maryam di ruangan kapsyen.
Video :
View this post on Instagram
Untuk rekod Ryzal dan Maryam yang popular dengan saluran YouTube Duriankimchi berkahwin pada 16 Ogos 2019, di Masjid Itaewon, Seoul di Korea Selatan, dan mereka menyambut kelahiran anak pertama setelah dua tahun mendirikan rumah tangga.
Komen netizen :
Sumber : instagram maryamyunrrr
Sumber : https://www.keramatviral.com/