Operate Hamil Luar Rahim, Ramai Puji Sikap Penyayang Abang Viva Teman Isteri Mengundi!

Operate Hamil Luar Rahim, Ramai Puji Sikap Penyayang Abang Viva Teman Isteri Mengundi!

Operate Hamil Luar Rahim, Ramai Puji Sikap Penyayang Abang Viva Teman Isteri Mengundi!

Keikhlasan Abang Viva yang dengan tulus hati membantu mangsa banjir di beberapa buah tempat mendapat perhatian ramai satu ketika dahulu.

‘Abang Viva’ atau nama sebenarnya, Azwan Omar, 30, yang menamatkan zaman bujangnya pada Oktober lalu rupanya baru sahaja ‘kehilangan’ selepas isterinya terpaksa menjalani pembedahan selepas disyaki hamil luar rahim.

Menerusi perkongsian video isterinya, Evanoza Zakaria di Tik Tok, isteri kesayangan Abang Viva itu berkongsi kisahnya yang berkain batik ketika pergi mengundi pada Sabtu lalu.

Berkongsi momen itu, kata Evanoza dia turut berterima kasih kepada suami, mak mentua dan kakak iparnya yang turut sama menemaninya ke pusat pengundian biar pun dirinya terpaksa berkain batik.

“TQ cik abang sayang, mak mertua & kakak ipar teman Eva pergi mengundi tadi.“Berkain batik pun kain batik lah. Sekejap je kan,” tulisnya berkongsi.

Malah menjawab pertanyaan wargamaya, menerusi ruangan komen Eva turut menjelasnya yang dirinya baru sahaja menjalani pembedahan selepas disyaki hamil luar rahim.

“Eva operation buang tiub kanan, lepas di syaki ectopic pregnancy ataupun kandungan luar rahim,” kongsinya lagi.

Dalam pada itu, ramai yang turut mendoakan agar isteri kesayangan Abang Viva ini segera sembuh.

Bukan itu sahaja, bahkan sikap penyayang yang ditunjukkan Abang Viva ketika setia menemani isterinya itu dipuji ramai. Murah dengan senyuman tanpa sedikit pun merasa payah.

@evanoza_ TQ cikabg syg ,mak mertua & kakak ipar teman eva p mengundi tadi😅 berkain batik pun ..kain batik la🙈 skjp je… #foru #pru15 ♬ Cinta Jangan Pergi – Azzam Sham

Terdahulu, Abang Viva sah bergelar suami kepada pasangannya, Evanoza Zakaria selepas disatukan pada 14 Oktober lalu.

Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami.

Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama.

Leave a Comment