Nelayan Secara One-off & Bantuan Kewangan Khas Aidilfitri kepada pesawah
Nelayan Secara One-off & Bantuan Kewangan Khas Aidilfitri kepada pesawah. Bantuan Kewangan Khas Aidilfitri kepada pesawah dan nelayan Secara One-off –
Bantuan Kewangan Khas Aidilfitri kepada pesawah dan nelayan yang layak secara one-off sebanyak RM200 seorang akan dibayar pada 10 April 2023.
Menerusi kenyataan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, bayaran kepada pesawah akan dilakukan menerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA).
Bayaran kepada nelaya n laut dan ne1ayan darat masing-masing menerusi menerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF).
“Pemberian bantuan khas sebanyak RM200 kepada pesawah dan ne1ayan ini dijangka akan dapat memanfaatkan seramai 240,000 orang pesawah dan 38,500 orang nelayan di seluruh negara.
”KPKM berharap bantuan yang diberikan ini dapat membantu pesawah dan nelaya n dalam membuat persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri,” menurut kenyataan itu, pada Jumaat.
Pada 29 Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Pembekalan 2023 Bacaan Kali Kedua di Dewan Negara telah mengumumkan bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Tahun 2023 kepada pesawah dan nelaya.
Semak sini: cagar caruman KWSP jika Peminjam dibebani kadar faedah
Semak juga: Bantuan Anak Pelihara (BAP) RM 250 – RM 500
Berikut merupakan senarai yang layak menerima bantuan secara one-off ini:
– Pesawah, nelayan laut dan nelaya n darat Warganegara Malaysia;
– Pesawah yang terlibat dalam aktiviti penanaman padi pada tahun 2022 dan berdaftar dengan agensi yang dilantik oleh Kerajaan tertakluk kepada syarat khusus yang ditetapkan oleh Bahagian Pembangunan Industri Padi, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM);
– Nelayan laut yang aktif menjalankan aktiviti penangkapan ikan dan berdaftar dengan agensi yang dilantik oleh Kerajaan tertakluk kepada syarat khusus yang ditetapkan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
– Nelayan darat yang aktif menjalankan aktiviti penangkapan ikan dan berdaftar dengan agensi yang dilantik oleh Kerajaan tertakluk kepada syarat khusus yang ditetapkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia (DOF).
Bantuan Kewangan Khas Aidilfitri kepada pesawah
Sumber: AstroAwani
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.