Negeri-negeri yang beralih Fasa PPN Terbaharu
Peralihan fasa ini mengikut garis panduan yang ditetapkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik pada hari ini bersetuju untuk membenarkan peralihan fasa bagi beberapa negeri-negeri yang akan berkuatkuasa 18 Oktober 2021.
–> Sila baca Senarai Bantuan Kerajaan September 2021 – tarikh bayaran & cara permohonan
Intipati kenyataan Fasa PPN
- Berdasarkan laporan kes positif COVID-19 harian yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), negara mencatatkan bilangan kes di bawah 10,000 kes sehari bagi tempoh dua minggu berturut-turut.
- Kadar kebolehjangkitan atau R-naught juga terus mencatatkan penurunan dengan mencatatkan angka di bawah paras 1.0 iaitu 0.86.
- Sehingga semalam, kadar vaksinasi populasi dewasa bagi dos pertama adalah 95% manakala jumlah yang menerima dua dos vaksin pula seramai 91.2% dan dijangka terus meningkat.
- Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik pada hari ini bersetuju untuk membenarkan peralihan fasa bagi negeri-negeri berikut berkuatkuasa 18 Oktober 2021:
- Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Sabah dan Kedah daripada Fasa 2 kepada Fasa 3.
- Melaka dan Lembah Klang (WP Putrajaya, WP Kuala Lumpur, Selangor) daripada Fasa 3 kepada Fasa 4.
- Dengan peralihan fasa PPN bagi negeri-negeri yang dinyatakan, negara Malaysia secara keseluruhannya kini beralih ke Fasa 3.
- Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi negeri-negeri yang memasuki Fasa 3 dan 4 boleh dilayari di laman sesawang rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN) www.mkn.gov.my.
Sila baca kenyataan penuh oleh Perdana Menteri mengenai Fasa PPN dibawah:
- KELONGGARAN PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) DAN PERALIHAN FASA
- SOP Pelan Pemulihan Negara Fasa 1
- SOP Pelan Pemulihan Negara Fasa 2
- SOP Pelan Pemulihan Negara Fasa 3
Maklumat Lanjut
Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web kerajaan yang sahih di sini.
Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan bantuan di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang bantuan kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan yang boleh didapati di Portal Manfaat
Layari MyInfoKerja bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.
–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih