MyPSV 2022 Bantuan Lesen Memandu khas untuk golongan belia terkini – Mohon Sekarang!
MyPSV 2022 Bantuan Lesen Memandu terkini – Golongan belia mewakili lebih seperempat populasi negara. Sememangnya, pada tangan-tangan merekalah yang menentukan lakaran wajah masa depan negara. Elok acuan kita, moleklah peribadi mereka.
Kepada anak muda di Malaysia, terdapat pelbagai bantuan yang telah diumumkan melalui pembentangan Bajet 2023. Khusus kepada golongan Belia kumpulan B40 yang ingin menjana pendapatan melalui perkhidmatan membawa penumpang, Kerajaan bersetuju untuk menanggung bayaran bagi mendapatkan lesen teksi, bas dan e-hailing di bawah program MyPSV.
MyPSV 2022 Bantuan Lesen Memandu terkini
Dengan itu, kami akan kongsikan maklumat mengenai bantuan lesen menerusi Program MyPSV ini.
Kerajaan dalam pembentangan Bajet 2023 telah memperkenalkan bantuan lesen kenderaan melalui program MyPSV buat golongan B40 khususnya Belia.
Sungguhpun negara berjaya mencapai tahap guna tenaga penuh, tetapi kadar pengangguran bagi mereka di bawah 25 tahun, termasuk lepasan sekolah dan institut pengajian tinggi masih berada pada tahap 11 peratus setakat suku kedua 2022. Hal ini akan terus diberi perhatian.
Menerusi program MyPSV, Kerajaan bersetuju menanggung bayaran bagi mendapatkan lesen teksi, bas dan e-hailing bagi membantu kumpulan B40 khususnya dalam kalangan belia.
MyPSV 2022 Bantuan Lesen Memandu terkini
Program MyPSV ini diperkenalkan bertujuan untuk :
Membantu kumpulan B40 khususnya golongan Belia untuk menjana pendapatan melalui perkhidmatan membawa penumpang seperti teksi, bas dan e-hailing.
Melalui program MyPSV, kerajaan bersetuju untuk menanggung kos bayaran bagi mendapatkan lesen untuk Teksi, Bas, E-Hailing
Berikut adalah merupakan antara bantuan yang diberikan kepada golongan belia menerusi bajet 2023:
Melalui pengumuman Bajet 2023 yang lalu, kerajaan turut bersetuju menanggung bayaran ujian memandu untuk lesen motosikal kelas B2.
Tidak cukup dengan itu, kerajaan memperkenalkan Skim TEKUN Belia Mobilepreneur bagi menggalakkan belia bekerja dengan meneruskan pemberian bantuan RM10 juta bagi membiayai modal anak muda terbabit dalam perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal.
Untuk penunggang atau ‘rider’ dalam sektor gig, kerajaan memberi tumpuan untuk memastikan kesejahteraan golongan itu yang holistik membabitkan agenda perlindungan sosial yang mana aspek itu akan terus diberi perhatian serius. Menggamit situasi pada 2020, kerajaan mendapati hanya segelintir dalam sektor itu dilindungi.
Justeru, kerajaan menyumbang kepada caruman yang kini lebih 260,000 orang dilindungi melalui Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKPSS) di bawah Pertubuhan Keselamatan sosial (PERKESO). Oleh yang demikian, bagi mengurangkan bebanan golongan bekerja sendiri membayar caruman PERKESO, kerajaan akan menanggung 80 peratus daripada nilai caruman terbabit.
Artikal Berkaitan: BAP RM150 2023 Untuk semua pelajar layak
Bantuan Bajet 2023 RM500 Kepada Guru
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami.
Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. – MyPSV 2022 Bantuan Lesen Memandu terkini