MyLesen B2 : Program Bantuan Lesen Percuma Untuk B40 Tahun 2023
MyLesen B2 : Program Bantuan Lesen Percuma Untuk B40 Tahun 2023. Kerajaan sebelum ini telah melancarkan satu lagi program bantuan untuk orang ramai mendapatkan lesen B2 secara percuma iaitu MyLesen B2.
Program ini membuka peluang untuk mempertingkatkan taraf sosioekonomi dan pendapatan isi rumah melalui peluang pekerjaan dalam sektor ekonomi gig. Seramai 9,000 orang dari golongan B40 seluruh negara disasarkan akan dapat menyertai program ini. MyLesen B2 : Program Bantuan Lesen Percuma Untuk B40 Tahun 2023
Sila ikuti perkongsian yang kami sediakan dibawah berkaitan dengan bantuan Program MyLesen untuk B40. Semoga bermanfaat.
Program ini merupakan usaha Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk menaiktaraf kehidupan B40 dan membuka lebih peluang menambah pendapatan.
Program MyLesen B2 adalah sebuah program anjuran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia bertujuan untuk memperkasa kumpulan B40 khususnya golongan belia yang terkesan akibat penularan pandemik Covid-19 bagi mendapatkan Lesen Memandu Malaysia Kelas B2 (Motosikal tidak melebihi 250 c.c.).
Setakat ini, seramai 9,000 orang dari golongan B40 seluruh Negara layak menyertai program MyLesen yang dikhususkan untuk Lesen B2, manfaat daripada inisiatif Kementerian Pengangkutan Malaysia – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Majlis Pelancaran Program MyLesen B2 Peringkat Kebangsaan telah disempurnakan pada 30 Mei 2023 yang lalu. Turut hadir dan melancarkan program ini adalah YB Anthony Loke, Menteri Pengangkutan Malaysia. MyLesen B2 : Program Bantuan Lesen Percuma Untuk B40 Tahun 2023
BACA JUGA: Dah Mohon Bantuan Warga Emas RM500 sebulan untuk ibu bapa anda?
Syarat Kelayakan Bantuan MyLesen 2023
Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut :
1. Warganegara Malaysia
2. Umur 16 tahun ke atas
3. Sihat tubuh badan & mental
4. Belum memiliki sebarang lesen memandu
5. Penerima bantuan Kerajaan (eKasih / Zakat / Baitulmal / JKM / JAKOA / LHDN dan Golongan B40)
6. Tanggungan kepada penerima layak memohon
*Sila kemukakan dokumen sokongan bagi pembuktian ke atas syarat yang ditetapkan.
HUBUNGI URUS SETIA PROGRAM MYLESEN B2 MELAKA :
06-251 4049 / 06 – 251 4050
9.00 pagi hingga 4.00 petang
Bahagian Pelesenan Melaka
Tempoh Latihan
Tempoh latihan yang perlu dijalani oleh peserta program ini adalah seperti berikut:
Kursus Teori (KPP01)- 6 Jam
Ujian Bertulis (KPP01)- 1 Jam
Latihan Praktikal di Litar (KPP02)- 9.5 Jam
Latihan Praktikal di Jalan Raya (KPP03)- 6 Jam
Pra Ujian (QTI)- 30 minit
Ujian JPJ
Tatacara Pendaftaran
Untuk mendaftar, pemohon perlu mendaftar mengikut negeri masing-masing:
i) Perak
https://drive.google.com/file/d/1KNDPyvk-IGb5CqgE4IEX3_UlwFjCFKSW/view?usp=sharing
ii) Pahang
Borang pendaftaran boleh diperolehi melalui:
Kompleks JPJ Negeri Pahang, Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang
Pejabat Cawangan JPJ Pahang
iii) Melaka
Borang pendaftaran boleh didapati di pejabat JPJ Negeri Melaka.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Maklumat lanjut mengenai MyLesen B2, sila layari laman web https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/mylesen.html atau https://www.jpj.gov.my/
MyLesen B2 : Program Bantuan Lesen Percuma Untuk B40 Tahun 2023
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free. MyLesen B2 : Program Bantuan Lesen Percuma Untuk B40 Tahun 2023