MyBayar Saman Semak & Cara Daftar (Bayar Saman RM50 Sahaja)
MyBayar Saman Semak & Cara Daftar (Bayar Saman RM50 Sahaja) – Pelancaran perkhidmatan itu adalah selaras dengan usaha kerajaan untuk mendigitalkan banyak perkhidmatan kerajaan sedia ada.
Anda juga boleh layari MyJPJ App untuk daftar roadtax.
Perkhidmatan digital terbaru yang baru dilancarkan itu bertujuan memudahkan pengguna membayar petikan trafik terus kepada PDRM secara dalam talian.
TERKINI : KADAR BAYARAN RM50 UNTUK SEMUA SAMAN
Kadar istimewa yang dibayar sempena cuti Aidilfitri 2023.
Datuk Seri Anwar bin Ibrahim mengumumkan bahawa mulai 21 April 2023 hingga 21 Mei 2023, bayaran khas akan dibayar untuk semua saman trafik PDRM (untuk kesalahan pada 2022 dan sebelum).
Hanya RM50 untuk setiap saman.
Saluran Pembayaran
Untuk bayar saman diskaun ini, orang ramai boleh bayar saman bermula 21 April 2023 jam 8 pagi di saluran berikut :
Aplikasi MyBayar Saman
Semua kaunter bayaran trafik IPD dan IPK
Mesin ATM Maybank
Kaunter pejabat Pos Malaysia
Jangan lepaskan peluang ini! Rakan-rakan yang masih belum mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman, sila daftar secepat mungkin, supaya anda tidak perlu beratur panjang di kaunter pembayaran.
Cara Daftar MyBayar Saman
Cara mendaftar dalam talian di aplikasi atau portal MyBayar Saman dikongsikan di sini.
– Layari portal MyBayarSaman: https://mybayar.rmp.gov.my atau muat turun aplikasi MyBayarSaman melalui Google Playstore atau iOS Store.
– Klik butang Pendaftaran Pengguna Baru (New User Sign Up) untuk proses pendaftaran.
– Isikan maklumat dan isikan OTP untuk pengesahan.
– Log masuk selepas pendaftaran.
– Mulakan dengan membuat Semakan Saman dan ketahui jumlah yang anda perlu bayar.
– Bayar secara online dengan kaedah pembayaran pilihan anda.
Cara Membayar Saman melalui Portal/App MyBayar Saman
Untuk membayar saman melalui portal, ikuti langkah berikut:
– Layari laman web https://mybayar.rmp.gov.my/.
– Klik “Daftar”.
– Isikan maklumat peribadi dengan betul.
– Anda kemudian akan menerima pengesahan OTP pada telefon anda.
– Log masuk no. ID dan kata laluan berdaftar.
– Butiran saman akan dipaparkan.
– Klik butang “Bayar” pada butiran tuntutan.
– Semak saman yang anda bayar.
– Pilih kaedah pembayaran dan klik butang “Bayar”.
pembayaran selesai.
Info Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai aplikasi MyBayar Saman, layari laman Facebook Rasmi PDRM.
Semak Juga: Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2023 Kini Dibuka Seluruh Malaysia
Mohon Juga: Jawatan Kosong Tentera Darat Malaysia (TDM) 2023
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.