Muhyiddin bangkit untuk terus memperjuangkan hak rakyat walaupun telah meletakkan jawatan

Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Muhyiddin Yassin tidak lemah semangat walaupun krisis politik

Krisis politik yang berlaku sehingga menyebabkan terpaksa meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, tidak melemahkan semangat Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk terus melakukan perkara yang difikirkannya wajar dan mengutamakan rakyat.

–> Sila baca Senarai Semua Bantuan Yang Anda Layak ~ cara semakan bantuan 2021

Intipati kenyataan Tan Sri Dato’ Muhyiddin Yassin

  • Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) itu berkata bahawa beliau tidak menyesal dengan tindakan peletakan jawatan itu kerana apa yang dilakukannya adalah mendokong prinsip Perlembagaan selepas hilang sokongan majoriti Ahli Parlimen.
  • “Selepas 15 Ahli Parlimen UMNO tidak menyokong saya, maka saya tidak boleh bertahan lama. Saya perlu melaksanakan tanggungjawab saya sebagai manusia Islam untuk meninggalkan jawatan itu,” kata Muhyiddin.
  • “Saya terima ia sebagai satu takdir, qada dan qadar tapi ia tidak melemahkan semangat saya untuk terus membuat apa yang saya fikirkan wajar dan betul di sisi Allah. Itu jadi panduan saya,” tambahnya lagi.
  • Pada 16 Ogos lalu selepas beliau hilang sokongan majoriti Ahli Parlimen, Muhyiddin meletak jawatan sebagai Perdana Menteri. Susulan itu, Datuk Seri Ismail Sabri yang sebelum itu memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri, dilantik sebagai Perdana Menteri yang baharu selepas mendapat sokongan 114 Ahli Parlimen.
  • Seterusnya, pada 4 September lalu, Muhyiddin dilantik sebagai Pengerusi MPN, majlis yang ditubuhkannya ketika beliau menerajui negara, yang berperanan memastikan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) berjalan lancar dan mengukuhkan lagi strategi kawalan wabak COVID-19 secara holistik.

“Kita harus ketepikan soal politik kerana apa yang penting adalah menyelamatkan nyawa dan kehidupan rakyat.” 

Sumber: BHarian

Maklumat Lanjut

Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web kerajaan yang sahih di sini.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan bantuan di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang bantuan kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan yang boleh didapati di Portal Manfaat.

Layari MyInfoKerja bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.

–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment