ezHASiL Memudahkan Urusan Cukai Anda Secara Online
Apa itu ezHASiL?
ezHASiL adalah satu laman web yang ditubuhkan khas oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk memudahkan pelbagai urusan anda. Jadi, anda tidak perlu berbaris di kaunter kerana semua urusan boleh dibuat secara online dihujung jari!
ezHASiL adalah merupakan laman web yang menempatkan semua perkhidmatan elektronik (e-Perkhidmatan) yang disediakan oleh LHDNM.
Apa kebaikan menggunakan ezHASiL?
Selain memberikan anda kelonggaran dan kesenangan untuk tidak berbaris di kaunter, anda boleh mengakses laman web ezHASiL bila-bila dimana-mana sahaja jika anda mempunyai Internet.
Selain itu, semua urusan cukai yang pelbagai boleh diurus secara online di laman web ini. Berikut adalah aplikasi yang boleh diakses melalui ezHASiL:
- e-Filing: Kaedah mengisi dan menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) Secara elektronik melalui internet untuk Borang B/BT (e-B/e-BT), Borang BE (e-BE), Borang P (e-P), Borang M/MT (e-M/e-MT) dan lain-lain borang cukai
- e-Lejar
- e-Kemaskini
- e-SPC
- e-Lodgement: Cukai Keuntungan Harta Tanah
- e-PCB: Kalkulator
- e-Daftar: Permohonan pendaftaran fail cukai pendapatan
- dan lain-lain lagi
Bagaimana cara untuk menggunakannya?
- Sila pergi ke laman web https://ez.hasil.gov.my/CI/.
- Pengguna perlu log masuk terlebih dahulu sebelum boleh menggunakan aplikasi yang disediakan melalui ezHASiL. Walau bagaimanapun, terdapat aplikasi yang disediakan tidak memerlukan pengguna log masuk ke dalam ezHASiL. Pengguna perlu mendaftar melalui aplikasi terbabit sebelum boleh menggunakannya.
- Bagi aplikasi yang memerlukan log masuk, pengguna perlu menggunakan sijil digital. Bagi pengguna yang tiada sijil digital, permohonan sijil digital ini boleh dibuat melalui cawangan LHDNM yang berdekatan.
- Pemohon akan diberikan No. PIN e-Filing.
- Sila daftarkan No. PIN yang diterima dengan klik Login Kali Pertama. Sijil Digital akan dikeluarkan setelah pendaftaran berjaya dilakukan. Perkhidmatan elektronik yang disediakan adalah 24 jam x 7 hari seminggu dan boleh dicapai di mana-mana selagi mempunyai capaian internet.
- Kini, anda boleh menggunakan aplikasi-aplikasi yang tersedia dalam ezHASiL.
Aplikasi berikut memerlukan pengguna login menggunakan sijil digital untuk menggunakannya :
• e-Filing | • e-Lejar |
• e-Kemaskini | • e-SPC |
• e-Filling – Cukai Keuntungan Harta Tanah | • e-Data Praisi |
• e-Filling – Cukai Pegangan | • MyTax |
• e-Lodgement – Cukai Keuntungan Harta Tanah |
Manakala aplikasi berikut tidak memerlukan sijil digital untuk menggunakannya :
• e-Filling – Bayaran Cukai Pegangan | • ByrHASIL |
• STAMPS | • e-PCB |
• e-Daftar | • e-Data PCB |
• Kalkulator PCB | • e-Residence |
Apa itu Sijil Digital?
Sijil Digital digunakan bagi mengesahkan capaian pengguna untuk menggunakan e-Filing dan menandatangani Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) secara dalam talian.
Sijil Digital yang dikeluarkan oleh Pos Digicert Sdn Bhd adalah sah disisi Undang-Undang Siber Malaysia dibawah Akta Tandatangan Digital 1997.
Sila baca di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang kepentingan Sijil Digital, syarat-syarat dan cara mendapatkan Sijil Digital secara terperinci.
Sila nonton video YouTube di sini bagi penerangan yang mudah dan ringkas.
Sila baca di sini untuk SEMAKAN PERMOHONAN BARU BPR 2021 ISI RUMAH – BANTUAN BPR RM500-RM1800.
Selamat maju jaya!