3 CARA MUDAH SEMAK PENYATA KWSP SECARA ONLINE

3 Cara Mudah Semak Penyata KWSP Secara Online.

Semenjak Malaysia dilanda wabak Covid-19, Mac lalu, segala pergerakan kita semua menjadi terbatas. Justeru itu, segala aktiviti harian dari sebagai contoh pergi ke bank, ke kedai dan bekerja semuanya dibuat secara lansung dari rumah dan secara online. Bagi mereka yang tidak biasa menggunakan aplikasi secara online pastinya merasa sukar sekali. Nak pergi kiosk KWSP pun dah susah sebab kena jaga penjarakan. Semua urusan menjadi terbantut.

Namun, kerana norma baru ini kita semua haruslah perlahan-lahan belajar menggunakan segalanya secara atas talian. Kini KWSP juga sedang berpindah secara online dengan mewujudkan aplikasi i-akaun yang dapat diakses dimana-mana sahaja. Maka, hari ini saya akan kongsikan 3 cara mudah untuk semak penyata KWSP secara online sahaja, menggunakan komputer atau telefon bimbit anda.

Cara Semak Penyata KWSP Secara Online

Daftar i-Akaun KWSP

Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah dengan membuat pendaftaran i-Akaun sebelum boleh semak penyata KWSP. Sila hubungi pihak KWSP di talian 03-89226000 untuk membuat pendaftaran dan pengesahan. Soalan yang akan ditanya oleh pihak KWSP adalah no kad pengenalan dan nombor telefon. Setelah itu, anda akan diberikan ID Pengguna dan kata laluan sementara waktu.

Antara cara lain adalah, pendaftaran boleh dibuat di kiosk atau kaunter KWSP, namun anda terpaksa menunggu lama kerana SOP pencegahan wabak Covid-19 yang sedang diamalkan di Malaysia, kini.

Membuat Pengesahan

Langkah yang seterusnya untuk semak penyata KWSP adalah dengan membuat pengesahan kepada i-Akaun anda. KWSP akan hantar butiran kepada tuan puan melalui SMS. Kemudian, sila aktifkan i-Akaun menggunakan ID pengguna dan kata laluan sementara yang diterima, di laman web KWSP  atau aplikasi i-Akaun yang telah dimuat turun dalam telefon bimbit anda.

 

Langkah 1 : Layari http://www.kwsp.gov.my dan pilih login ke i-Akaun

1 1

 

2. Isi ID sementara dan tekan “Seterusnya”.

2

3.  Isi kata laluan sementara dan klik butang “Login”.

3

4. Baca terma dan syarat sebelum teruskan. Tekan butang “Setuju” dan “Seterusnya”.

4

5. Ubah ID sementara anda kepada yang anda dikehendaki. Untuk ubah ID hanya boleh buat sekali ni je semasa pengaktifan. Jadi pilih ID yang mudah diingati.

6. Isi kata laluan baru.

7. Pilih imej sekuriti. Imej ini digunakan untuk tujuan pengesahan sebagai langkah keselamatan.

8. Masukkan Frasa Rahsia, kemudian tekan butang “Seterusnya”.

5

 

9. Tuan puan akan dibawa ke skrin yang mengatakan pengaktifan telah berjaya dibuat.

9

Dan dah selesai. Mudahkan?

 

3) Dapatkan Penyata KWSP

Setelah selesai, anda boleh terus mendapatkan penyata dalam masa kurang 5 minit sahaja.

 Anda boleh Login i-Akaun menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang baru. Tekan atas “My Account” dan download penyata KWSP yang terkini dan pilih untuk print penyata yang anda kehendaki.

 

Tahukah anda? Antara kemudahan lain yang disediakan dalam i-Akaun tuan puan. Ini termasuklah kemudahan untuk:

anda boleh membuat permohonan pengeluaran, anda juga boleh menyemak status permohonan pengeluaran, seterusnya anda boleh menyemak informasi berkaitan dengan pencalonan (nominations) dan anda juga boleh membuat anggaran yang boleh dikeluarkan dari akaun kedua anda.

Selain itu, banyak sebenarnya kelebihan apabila kita boleh akses aplikasi secara online antaranya adalah :

  1. Menjimatkan masa pengguna. Banyak perkara yang kita dapat lakukan dalam sesuatu masa.
  2. Dapat menawarkan pelbagai jenis produk dan servis sebagai contoh kita dapat melihat penyata KWSP secara online tanpa perlu bersesak-sesak beratur di kiosk.

Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada semua.

Leave a Comment